Imunisasi anak mama dah lengkap ke belum? Sekarang ni walaupun kita dalam tempoh PKPB, imunisasi anak-anak tetap kena buat. Jangan ambil mudah ya pasal perkara penting ni.
Pengambilan vaksin ni sangat-sangatlah penting supaya anak-anak kita dilindungi daripada mendapat penyakit yang berjangkit. Walaupun dah sekolah, mereka tetap kena ambil vaksin juga sebab sistem imunisasi mereka tak sekuat macam kita yang dewasa ni.
Jadi, sebab itulah suntikan imunisasi yang disediakan oleh KKM ini dibuat supaya penyakit berjangkit dapat dicegah. Ditambah pula dengan waktu sekarang ni dengan kewujudan wabak COVID-19. Haih, risau betul dibuatnya kan!
Pemberian Perkhidmatan Imunisasi Kepada Pelajar Sekolah Di Klinik Kesihatan
Disebabkan sekarang kita sedang melalui fasa PKP dan PKPB, semua sekolah di Malaysia terpaksa ditutup bagi mencegah virus COVID-19 dari terus merebak. Jadi, sebab tu program imunisasi ni tak dapat dijalankan seperti biasa.
Vaksin yang perlu diambil oleh pelajar sekolah untuk mencegah penyakit ialah:
- penyakit demam campak (Measles), Rubella, Difteria dan kancing gigi (Tetanus) untuk murid Tahun 1
- imunisasi Human Papillomavirus (HPV) bagi murid perempuan Tingkatan 1
- imunisasi ATT (dos tambahan vaksin Tetanus) bagi murid Tingkatan 3.
KKM ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan imunisasi kepada murid sekolah masih lagi diteruskan dan semasa tempoh penutupan sekolah pada tahun 2020
Walaupun sekolah ditutup, mama dan papa boleh bawa anak-anak ke Klinik Kesihatan atau Klinik Kesihatan Ibu dan Anak atau Pejabat Kesihatan Daerah untuk mendapatkan suntikan vaksin. Pada tahun 2020, keutamaan akan diberikan pada murid tahun 1.
Mama dan papa kena sentiasa alert pasal hal ni. Jangan buat tak tahu je. Bila dah dapat jadual temujanji perkhidmatan imunisasi dari pihak sekolah, cepat-cepat bawa anak-anak ke klinik kesihatan yang terdekat untuk mendapatkan suntikan vaksin.
Untuk tujuan ini, KKM juga telah mendapatkan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu dalam menyelaras pemakluman kepada ibu bapa atau penjaga mengenai perkhidmatan imunisasi ini.
Dalam keadaan seluruh negara yang sedang bertungkus-lumus untuk membendung penularan wabak COVID-19 ini. Mama dan papa turut memainkan peranan penting juga dalam memastikan yang anak-anak kita dilindungi dari dijangkiti oleh penyakit berjangkit. Pentingnya mama dan papa beri sokongan yang padu pada program imunisasi ni supaya kesihatan anak dilindungi dan masa depan mereka sekali sebab mereka merupakan aset negara yang berharga.
Sumber: KP Kesihatan
Baca Juga: Larangan Bawa Anak Ke “Mall” Kalau Masih Degil
Pesan Mama Siti
Sekali lagi, Mama Siti nak tekankan dekat sini jangan ambil mudah pasal hal ini. Sekarang ni, macam-macam boleh berlaku kalau kita asyik leka je. Jangan jadikan alasan tak boleh keluar rumah sebagai alasan tak nak bawa anak dapatkan suntikan vaksin. Bila dekat klinik nak dapatkan suntikan vaksin, ikut SOP yang dikeluarkan. Pakai facemask, basuh tangan dan buat social distancing.