Pejam celik pejam celik dah nak penghujung ramadan. Tambah-tambah sekarang ni, kita masih dalam fasa PKPB lagi. Mesti, banyak resepi kita dah cuba kan sebab nak hilangkan bosan dekat rumah.
Sebabkan dah nak habis puasa ni, apa kata mama-mama masak special sikit untuk anak-anak dan suami. Baru semangat mereka nak habiskan puasa yang tinggal lagi beberapa hari ni.
Meh sini Mama Siti tunjukkan resepi menarik yang mama-mama boleh cuba nanti. Papa-papa dengan anak-anak mesti suka lah bila kita masak makanan ni. Daripada beli lepastu tapau dekat kedai, dah membazir. Baik kita masak sedap-sedap bagi keluarga kita makan. Bukan je menyihatkan, bersih pun dijamin sekali.
Resepi-Resepi Menarik Yang Boleh Mama Cuba
#1 PARU GORENG BERLADA
BAHAN REBUS
700 gram paru
2 hiris halia
1 batang serai – ketuk
Sedikit garam
BAHAN TUMBUK KASAR
9-10 tangkai cili merah – boleh guna cili kering kisar
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia
BAHAN LAIN
1 batang serai – ketuk
2 sudu besar gula atau secukupnya
Garam
1 keping asam keping
CARA MEMASAK
1. Paru direbus bersama halia, serai dan garam sehingga empuk dalam 30 minit sehari sebelum dimasak. Masak sampai paru tak liat. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk dicucuk tengok kalau dah tak liat. Tos kan airnya.
2. Bila sejuk, baru dipotong nipis nipis. Paru dilumur sedikit garam jika suka dan biarkan seketika.
3. Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan serai, sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan gula, sedikit garam dan asam keping. Mesti ada rasa manis manis sikit, baru sedap.
5. Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng dan gaul sebati.
p/s: guna api besar kalau nak paru kekal rangup
#2 KERABU SOTONG
BAHAN-BAHAN
5-6 ekor sotong
1/2 biji bawang besar hiris halus
1/2 biji tomato didadu halus
1 batang bunga kantan. Hiris halus.
1 batang serai hiris halus
1/2 batang Cili merah hiris halus
5 sudu besar sos ikan
Air perahan limau
1 batang kacang panjang dihiris halus
Sedikit daun ketumbar dihiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK
1. Potong sotong dan celur dalam air panas. Ketepikan. Kacau rata dengan bahan2 lain..
2. Tambahkan sikit air celur sotong tadi untuk berkuah.
#3 SAMBAL TUMIS UDANG
BAHAN-BAHAN
1 kg udang ~ gunting separuh dari kepala
2 sudu besar asam jawa campur air & jadikan jus – guna 1 sudu kecil pes asam jawa
1 – 2 sudu kecil garam halus
6 ~ 7 sudu besar gula – guna 7
BAHAN KISAR
100 gm cili kering ~ pilih jenis pedas
Sebesar 50 sen belacan – kisar dengan cili – tak guna
10 ~ 15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
CARA MEMASAK
1. Udang digaul dengan sedikit garam kemudian digoreng hingga merah, jangan goreng lama nanti udang kecut dan keras. 2. Bila dah merah angkat. Ketepikan.
#4 AYAM BLACKPEPPER CENDAWAN SHITAKE
BAHAN-BAHAN
7 Ketul ayam
7 biji cendawan shitake,
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1/2 biji bawang besar, potong 4
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil kicap manis
3 sudu besar minyak masak
sedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pes
garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak. Gaulkan ayam bersama garam dan goreng dibatas api yang besar sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan minyak yg sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk lada hitam.
3. Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula cendawan, minyak bijan dan kicap manis. Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
4. Tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan dan kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
#5 LALA KAM HEONG
BAHAN-BAHAN
300 grm lala (dicuci & ditoskan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
8 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering (direndam & ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji bawang besar (dipotong 6)
Garam dan Gula secukup rasa
CARA MEMASAK
1. Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap cair & kicap pekat sebagai bahan perencah.
2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah & bawang putih. Dimasukkan pula udang kering hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. Kacau hingga sebati.
4.Tambahkan garam serta gula secukup rasa.
5.Masukkan lala bersama bawang besar. Kacau rata.Rasa dan jika ok, boleh angkat.
#6 NASI KERABU
NASI
3 cawan beras
4 cawan air @ bergantung pada beras yg kita guna
1 batang serai dketuk
10 kuntum bunga talang – ditumbuk dan dperah airnya.
sedikit pewarna biru
1. Beras dibersihkan dan dimasak seperti biasa bersama2 serai, air bunga talang dan pewarna biru.
SAMBAL KELAPA/IKAN
1/2 biji kelapa parut – ditumbuk sedikit
2-3 ikan kembung/selayang – dipanggang
4 ulas bawang merah
1.5cm halia
1 batang serai – hiris
1 sudu kecil lada hitam
garam dan gula secukup rasa
1. tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
2. kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai ngan api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.
KUAH SAMBAL
*5 batang cili kering
*5 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*2 inci belacan- bakar dulu
*1.5 inci halia
1 batang serai – titik
gula merah n serbuk perasa jika suka
2 cawan santan
asam keping
garam
1. tumbuk bahan yg bertanda *.
2. didihkan santan hingga pecah minyak n pekat.
3. masukkan bhn tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
4. didihkan lagik hingga kuah agak2 pekat n kering.
5. suaikan rasa dan angkat.
SOLOK LADA
10 biji lada hijau – potong jgn putus n buang biji
1/2 biji kelapa parut putih
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
lada itam skit
2-3 ekor ikan kembung – ambil isi sahaja
sedikit garam,gula dan perasa
1. Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
2. tumbuk lagik hingga lumat.
3. campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
4. sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
5. kukus hingga masak.
DAGING PANGGANG – boleh buat juga ikan goreng tepung, ayam panggang jika suka
daging lembu gred A @ daging btg pinang
garam
lada hitam
1. gaulkan daging dengan garam n lada hitam
2. panggang ngan suhu 200 selama 45minit atau hingga daging masak. jgn lama sgt nnti tak juicy!
ULAM-ULAMAN DAN BAHAN LAIN
kacang panjang
taugeh
timun
daun kesum
kubis
bunga kantan
telur masin
keropok ikan
sambal belacan
#7 NASI DAGING
BAHAN-BAHAN
4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3″x4″
5 cawan air rebusan daging
1 cawan sudu cair
1 helai daun pandan, carik dan simpul
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 batang serai, dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitam
BAHAN UNTUK REBUSAN DAGING
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, hiris nipis
Air dalam anggaran 7 cawan lebih
BAHAN UNTUK DITUMIS
1 biji bawang besar, hiris nipis
5 ulas bawang putih, hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
BAHAN UNTUK AIR ASAM
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, potong kecil
6 biji cili merah, potong kecil
1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis
CARA MEMASAK
1. Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
3. Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
4. Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.
CARA BUAT AIR ASAM
Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.
Tips: Kalau nak dapatkan nasi yang cantik, gunalah beras basmathi yang panjang
Selamat Mencuba!
Sumber: Resepi Berbuka Puasa Untuk 30 Hari, Syaz Ahmad
Baca Juga: Resepi Mudah Guna Microwave Untuk Mama!
Pesan Mama Siti
Walaupun kerajaan dan benarkan kita makan di restoran. Tak bermakna kita boleh gembira ya dengan pengumuman ni. Daripada makan dekat luar lebih baik kita masak sedap-sedap, lepastu makan dengan keluarga dekat rumah. Itu lebih baik dan selamat. Jadi, fikir-fikirkanlah.