Gejala batuk dan selesema adalah gejala normal dalam kalangan manusia apatah lagi anak-anak kecil. Namun perkara ini adalah perkara paling rumit untuk dikendalikan. Betul tak? Bila anak sukar bernafas kerana hidung tersumbat dan asyik batuk-batuk, ia membuatkan mama papa sekalian tak senang duduk. Dek kerana hal ini, mereka juga sukar untuk tidur di malam hari. Tapi mama papa perlu ingat, ada dua jenis ubat yang bahaya kepada anak bawah 2 tahun.
Ubat itu adalah ubat batuk dan ubat selesema. Organisasi kesihatan dunia telah mengeluarkan kenyataan tegas bahawa penggunaan dua jenis ubat ini kepada anak bawah 2 tahun adalah memudaratkan. Melainkan jika dua jenis ubat itu ditetapkan oleh pengamal perubatan mahupun doktor yang merawat si manja mama.
Kesan Penggunaan Dua Ubat Ini Kepada Anak Bawah 2 Tahun
Kanak-kanak yang berumur bawah 2 tahun belum lagi mempunyai sistem badan yang stabil kerana mereka masih kecil. Dan penggunaan dua jenis ubat ini membuatkan ia sukar diproses oleh tubuh badan si manja. Antara kesannya adalah :
- Boleh menyebabkan mengantuk
- Gangguan kepada sistem otak yang boleh menyebabkan sawan
- Hilang keseimbangan badan
- Kesukaran untuk bernafas
- Kadar degupan jantung yang meningkat
- Boleh membawa maut
Kandungan Ubat Yang Berbahaya Kepada Anak Bawah 2 Tahun
Ubat-ubat ini direka khas dengan formula dan kompaun yang mampu mengurangkan gejala batuk dan selesema. Kandungan seperti ephedrine, pseudoephedrine atau phenylephrine boleh membantu melegakan hidung yang tersumbat. Manakala kompaun antihistamin seperti diphenhydramine, brompheniramine, promethazine atau chlorpheniramine boleh menyebabkan mengantuk.
Bagi kompaun guaifenesin dan ipecacuanha pula bertindak sebagai pencair kahak. Namun, diantara semua golongan ubat itu, kompaun antihistamin adalah yang paling mudarat kerana memberi kesan mengantuk.
Kalau tak boleh makan ubat, apa patut kita buat? Ini cara-caranya.
Ubati Batuk dan Selesema Anak Bawah 2 Tahun Dengan Cara Ini!
#1 Semburkan atau Titiskan Cecair Normal Saline
#2 Gunakan Penyedut Hingus
#3 Banyakkan Minum Air
#4 Memasang Pelembab Udara
Sumber: MMGazette & Public Health Malaysia
BACA LAGI ‘FORMULA’ RAHSIA BAGI UBAT CACING DEKAT ANAK
Pesan Mama Siti
Dalam menangani gejala yang dihadapi oleh si comel, mama papa harus mengutamakan keselamatan mereka juga. Jangan ambil mudah terhadap jenis ubat yang mahu diberikan kepada mereka. Pastikan ubat-ubatan itu mempunyai kebenaran dari pihak pegawai kesihatan ye. Petua tradisional boleh diamalkan selagi tidak mendatangkan mudarat namun utamakan nasihat doktor dahulu okay?