KelabMama

9 PENGORBANAN SUAMI BILA ISTERI HAMIL, NO #6 PALING KENA BANYAK SABAR!

Kehamilan adalah saat yang paling ditunggu setiap wanita. Tapi, ia juga boleh jadi satu cabaran buat si suami. Sebab itu 6 pengorbanan suami ini amat dinantikan isteri, sekaligus membuatkan mereka rasa diri sangat dihargai dan disayangi. Tak gitu?

Masa sedang berbadan dua inilah dapat lihat suami caring terhadapdiri kita dan sangat mengambil berat. Contohnya, kalau isteri teringin nak makan apa-apa, sanggup start enjin pergi beli tau!

Ha…untuk itu Kelabmama akan senaraikan apakah pengorbanan suami ketika isteri sedang berbadan dua ini. Tengok sama tak dengan suami mama!

#1. Pengorbanan suami – Selalu kena masuk hospital!

Masuk hospital yang dimaksudkan bukanlah masuk wad, tapi suami perlu teman isteri hadiri checkup kehamilan dengan jururawat atau doktor di klinik kesihatan atau hospital. Biasalah lelaki kan tak suka sangat masuk ke tempat macam ini.

#2.Pengorbanan suami – Terpaksa lihat tahap kesihatan isteri yang tak menentu

Suami sentiasa di sebelah isteri melihat sakit, pening, muntah atau kontraksi si isteri. Dia setia menemani hingga bayi selamat dilahirkan.

#3. Pengorbanan suami – Tolong urut badan isteri

Kehamilan bukan je memberi tekanan secara fizikal, tapi juga emosi si isteri. Sebab itu, suami berkorban masa untuk mengurut tangan, kaki dan tubuh isteri supaya dirinya rasa lebih selesa.

#4. Pengorbanan suami – Layan selera makan isteri

Bila sudah berbadan dua, faham-faham sajalah selera makan isteri ini jadi tak menentu. Bayangkan ada yang pukul 3 pagi minta nak makan capati. Terpaksalah suami keluar pergi beli!

#5.Pengorbanan suami – Isteri enggan masak

Setelah bertahun-tahun menikmati masakan isteri, tapi bila hamil, isteri enggan lagi masak kerana pelbagai faktor. Jadi terpaksalah suami beli nasi bungkus dan air ikat tepi di kedai mamak. Sabar sajalah suamiya!

#6.Terpaksa layan mood isteri yang ada pasang surut

Bila sedang hamil, kadang-kadang mood isteri boleh berubah 360 darjah. Kejap marah, sekejap lagi ketawa pula, semuanya boleh bertukar dalam beberapa minit saja!

#7. Teman isteri beli barang anak

Kalau dulu isteri suka sangat ajak suami shopping barang sendiri tapi bila nak sambut baby baru, diajaknya pula suami teman beli barang baby.

Bukan itu je, bila lihat ada promosi atau design baju baby yang comel-comel semuanya nak dibeli. Bertabahlah ye si suami!

#8.Prepare and ready untuk isteri bersalin

Dalam menempuhi trimester terakhir, suami sentiasa bersedia dan lengkapkan segala keperluan untuk si isteri bersalin. Bahkan, mereka juga akan bersedia secara mental untuk melalui situasi sakit kontraksi yang bakal dialami isteri nanti.

#9. Membayar segala bil dan rawatan hospital

Selepas melalui tempoh kontraksi yang menyakitkan, kemudian selamat melahirkan tentunya isteri perlukan rehat yang setimpal.

Manakala di luar pula, suami yang menguruskan segala bil dan rawatan hospital. Itulah pengorbanan suami yang tak ternilai sebagai tanda menghargai isteri tersayang. 

Ya, seorang suami melakukan segala yang diperlukan isteri dalam fasa kehamilan ini. Seterusnya membuatkan isteri rasa bahagia memiliki dia sebagai suami.