Rumah Mama ada beranda? Bagaimana Mama menghiasnya? Adakah ruang itu dihias atau dibiarkan beranda rumah Mama kosong je?
Untuk ruangan ni selalunya jarang diberikan sentuhan. Selalunya Mama akan fokuskan untuk menghias ruang tamu, dapur dan bilik tidur.
Jadi rugilah kalau Mama abaikan ruang beranda rumah Mama ni. Jadi, kali ni Mama Siti akan kongsikan cara untuk menghias ruang beranda rumah Mama.
Lapan Cara Hiaskan Beranda Rumah Mama
1. Meraikan Kehadiran Tetamu
Tidak semestinya Mama perlu letakkan sofa di beranda rumah, cukup dengan letakkan kerusi supaya tetamu selesa untuk duduk. Bergantung kepada keadaan beranda rumah Mama juga.
Kalau rumah Mama beranda terbuka Mama Siti syorkan gunakan kerusi yang jenis anti karat. Kalau hujan tak perlulah Mama nak angkat bawa masuk ke dalam rumah waktu hujan.
Kadang-kadang tetamu Mama mungkin tetamu Mama hanya singgah sekejap je, jadi bolehlah Mama jemputnya duduk di beranda.
Mama hiaskan dengan pokok hijau sekali untuk nampak ruang tersebut lebih nyaman.
2. Taman Permainan Anak
Kalau ruangan beranda Mama agak luas, apa kata Mama jadikan tersebut sebagai tempat permainan anak-anak Mama. Jadi, tak adalah ruang beranda Mama kelihatan kosong je.
Lagipun ni dapat jimatkan ruang dalam rumah Mama tau. Mama hiaskan lah supaya anak-anak tertarik untuk bermain di kawasan tersebut.
Tapi, Mama jangan lupa untuk pentingkan aspek keselamatan anak-anak juga ye. Seperti lantai yang licin.
Mama letakkan rumput atau playmat untuk mengelakkan anak-anak tergelincir sekiranya lantai basah.
3. Ruang Bersantai Bersama Keluarga
Beranda rumah pun Mama boleh jadikan tempat bersantai. Mungkin sesekali nak ubah selera ambik angin di luar rumah, asyik tengok tv je kan.
Jadi kalau Mama hiaskan beranda Mama dengan lebih selesa bolehlah gunakan ruang tersebut sebagai tempat makan juga.
Bila berkumpul bersama keluarga yang besar mungkin untuk makan di dapur kurang selesa kerana ruang yang terhad.
Waktu petang boleh lah duduk santai dekat beranda rumah sambil minum petang kan. Nak awasi anak-anak bermain pun senang.
4. Rumah Kucing
Kalau Mama tidak mahu gunakan beranda sebagai tempat untuk berehat. Apa kata kalau Mama jadi ruang tersebut sebagai rumah kucing.
Sudah pasti Mama ada pelihara kucing kan, jadi sesuai lah untuk buat rumah kucing kesayangan Mama.
Kucing Mama pun ada ruang yang besar dan tempat khas untuk mereka bermain.
5. Beranda Rumah Jadikan Kawasan Hijau
Selain daripada idea yang Mama Siti kongsikan, Mama boleh jadikan beranda rumah sebagai tempat Mama berkebun.
Selalunya Mama akan berkebun di ruang belakang rumahkan, kali ni apa kata Mama berkebun di ruang beranda pula.
Lagipun ruang beranda sedikit luas berbanding ruang belakang rumah. Mama kan suka menaman sayur jadi kalau guna ruang ni lebih banyak jenis sayuran Mama boleh tanam.
Kalau Mama nak selitkan dengan tanaman bunga pun boleh. Beranda Mama akan jadi lebih menarik dengan wujudnya tumbuh-tumbuhan ni.
6. Beranda Tertutup
Kredit Gambar: Shopee Kredit Gambar: JJC FURNISHING SHADES & SCREENS
Ruang yang panas membuatkan Mama kurang selesa untuk menghiaskan ruang di beranda kerana sudah pasti ruang tersebut jarang digunakan.
Bagi atasi masalah ni, Mama boleh memasang tirai atau bidai yang besar mengikut keluasan ruang beranda. Cahaya matahari pun kurang sedikit memasuki ruang beranda Mama.
Selain jadikan ruangan menjadi teduh, ia juga dapat mewujudkan privasi Mama juga antara jiran.
Mama boleh memilih untuk mamasang langsir, bidai atau kanvas. Sesuai dengan keadaan ruang beranda Mama.
7. Sentuhan Palet Kayu
Kredit Gambar: Shopee Kredit Gambar: Pinterest
Kalau Mama kurang mempunyai masa untuk bertanam, apa kata kalau Mama hiaskan ruang beranda dengan sentuhan palet kayu.
Mama mesti lebih suka kalau rumah Mama ada suasana alam semula jadi. Lebih-lebih lagi di ruang beranda.
Balik dari kerja boleh duduk berehat dahulu sebelum masuk ke dalam rumah.
Sudah pasti ruang beranda Mama nampak lebih menarik dan cantik. Boleh membuatkan ruang beranda lebih tenang.
8. Ceriakan Dinding Beranda Rumah
Kredit Gambar: Berita Harian Kredit Gambar: Pinterest
Kalau Mama dah hiaskan dengan kerusi dan tanaman tetapi masih kelihatan kurang menarik kenapa ye?
Apa kata kalau Mama hias pula dinding beranda. Mama jangan risau, senang je nak hiaskan dinding beranda ni.
Mama cuma minta bantuan Papa je. Minta Papa catkan dinding supaya kelihatan menarik. Bila cat di dinding sudah kering, Mama hiaskan pula dengan gantungan pokok bunga atau jam dinding.
Lagipun kan tak perlukan modal yang banyak nak cat dinding ni. Mama pun boleh request dekat Papa nak design cat dinding ikut cita rasa Mama.
Dengan idea yang Mama Siti kongsikan akan membantu Mama menghias ruang beranda rumah untuk menjadi lebh menarik. Sayangkan kalau ruang tersebut tak digunakan.
Mama boleh lakukan macam-macam dengan ruang ni. Hias cantik-cantik nak duduk pun selesa. Silap hari bulan akan jadi tempat kegemaran Mama sekeluarga.
Cantikkan rumah Mama dan Papa dengan pelbagai idea dekorasi menarik di SINI.