KelabMama

7 TIPS BELI KASUT ANAK

Bila tengok barisan kasut budak-budak di kedai kasut, rasa macam hendak beli semuanya. Dengan rekaan cantik, warna menarik dan saiz yang comel, siapa pun melihat pasti berasa geram. Jangan mudah terpengaruh dengan kasut-kasut tersebut kerana bagi kanak-kanak, kasut bukan sekadar pengalas kaki sebaliknya ia membantu pembentukan otot dan tulang kakinya yang masih sensitif. Apatah lagi sekiranya anak anda masih belum pandai berjalan. Kasut yang tidak selesa akan mengurangkan keinginan anak untuk berjalan.

 

UKUR SAIZ KAKI ANAK ANDA DENGAN BETUL

Cara 1

Untuk mendapatkan ukuran saiz kaki yang betul, kanak-kanak mesti berdiri tegak. Pastikan kaki mereka rata dan ibu jari dalam posisi tegak, kerana adakalanya kanak-kanak suka membengkokkan ibu jari mereka. Pastikan anak anda memakai stoking. Ini akan memberikan sedikit ruang ketika mengukur dan beranggapan yang anak anda akan sentiasa memakai stoking setiap kali menyarung kasut tersebut.

Cara 2

Ketika mengukur saiz kedua belah kaki anak anda gunakan pembaris. Ukur kedua kaki anak daripada tumit sehingga ke hujung ibu jari kaki mereka. Oleh kerana setiap kaki mempunyai saiz yang sedikit berbeza anda boleh tambah sama ada 1/4 inci (6.35 mm) hingga 1/2 inci (1.27 cm) dalam ukuran untuk menganggarkan tumbesaran si kecil. Kemudian gunakan ukuran spesifik untuk menentukan saiz kasut yang sebenar.

Cara 3

Semasa proses menentukan saiz sebenar kaki anak, gunakan ibu jari anda untuk menentukan sekiranya ibu jari kaki anak melebihi hujung bahagian dalam kasut. Sentiasa lebihkan ukuran kira-kira 1/2 inci (1/.27 cm) di antara ibu jari dengan hujung kasut.

Cara 4

Sebelum membeli kasut yang diukur, suruh anak anda berjalan dalam kawasan kedai supaya anda boleh melihat bahagian tumit kaki anak. Jika bahagian tumitnya agak longgar dan kasut akan bergerak ke atas dan bawah, kasut tersebut akan menyebabkan kakiknya melepuh.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Internet