KelabMama

6 Tips Kurangkan Bengkak Selepas Bersalin

Mama ingat lagi tak bengkak-bengkak yang berlaku dekat badan Mama masa tengah mengandung haritu? Sakit dan tak selesa je rasa. Ada sesetengah Mama, lepas bersallin pun ada bengkak-bengkak di badan juga tau. Ada yang bengkak di muka, kaki, tangan dan sebagainya. Malah, ada juga yang alami sakit di bahagian perut yang dibedah atau di perineum jika berlaku koyakkan atau guntingan.

Ingatkan masa mengandung je ada, ni dah bersalin pun ada lagi bengkak-bengkak tu. Apa yang menyebabkan bengkak selepas bersalin ye?

Mama boleh cuba tips-tips dekat bawah ni untuk kurangkan rasa sakit bengkak tu.

1. Elakkan Daripada Berdiri Terlalu Lama.

Hindarkan berdiri terlalu lama untuk pastikan peredaran darah dalam tubuh mama berjalan lancar.

Kalau Mama perlu kerap berdiri, cuba cari masa duduk sebentar beberapa minit untuk merehatkan kaki. Ketika Mama duduk pula, Mama tak digalakkan untuk silang kaki anda. Ini supaya peredaran darah berjalan lancar dibahagian kaki anda.

2. Pakai Kasut Yang Selesa

Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

Mama baru je bersalin, jadi jangan la terus nak pakai kasut bertumit, terutamanya yang bertumit tinggi. Satu, ianya membahayakan diri Mama – sebab badan masih lemah. Yang kedua, pakai kasut bertumit boleh memberi tekanan kepada bahagian kaki. Especially kalau yang bertumit tinggi. Lagilah haru!

Elakkan daripada memakai kasut bertumit dan juga seluar yang ketat dibahagian kaki. Lepas dua tiga bulan baru Mama sarung balik kasut tumit tinggi Mama tu ye!

3. Air, Air Dan Air!

Pengambilan air kosong secara kerap dapat mengurangkan bengkak kaki disebabkan buah pinggang mengeluarkan lebihan cecair dari tubuh.

Air putih atau air mineral sememangnya sangat penting untuk tubuh badan kita. Tak kisah la masa mengandung, berpantang, dan sebagainya. Untuk kurangkan bengkak di badan selepas bersalin, Mama harus pastikan Mama sentiasa minum banyak air.

4. Jangan Makan Makanan Yang Diproses

Makanan yang diproses mengandungi kadar sodium yang tinggi. Tinggi kandungan sodium dalam makanan yang diambil boleh menyebabkan badan Mama kembung (bloated) dan memberi kesan dekat bahagian yang membengkak tu.

Makanan yang diproses mempunyai tinggi gula, lemak dan garam, serta kurang nutrien dan serat punca peningkatan masalah obesiti dan juga penyakit kronik di seluruh dunia.

Lebihkan pengambilan protein, buah-buahan dan sayuran. Baik untuk kesihatan Mama pada masa sekarang dan akan datang.

5. Tuam Dengan Ais

Kalau rasa bengkak tu tak berkurangan langsung, cuba tuamkan dengan ais. Buat 2-3 kali dalam sehari.

6. Lakukan Senaman Ringan

Bengkak tak bermakna mama harus duduk diam je ye. Lagi baik Mama bangun berjalan sedikit. Lakukan senaman ringan seperti berjalan di dalam rumah supaya peredaran darah di dalam badan lebih lancar.

Haa senang je kan tips-tips ni. Mama jangan risau kalau bengkak lepas bersalin tu. Normal je. Melainkan, bengkak tu jadi lebih teruk, Mama terus pergi jumpa pakar tau!

Sumber: popmama

BACA JUGA TIPS BAGI MENGURANGKAN KAKI BENGKAK KETIKA HAMIL

Pesan Mama Siti:

Kalau mama nak pulih cepat, boleh cuba tips yang Mama Siti kongsikan ni. InshaAllah, boleh rawat bengkak di badan mama tu. Tapi dengan syarat mesti ikut betul-betullah. Kalau masih lagi bengkak, Mama Siti sarankan terus saja berjumpa doktor. Bukan apa, kita berjaga-jaga saja. Takut ada darah beku ke apa ke. At least kesihatan mama pun terjamin kan?