KelabMama

6 Tips Cipta Ruang ‘Home Office’ Di Rumah!

Kredit Foto: Adobe Stock

Sejak kes COVID-19 semakin meningkat, banyak tempat kerja yang diarahkan untuk tutup office kan? Rasanya ramai yang ‘work from home’ sekarang. Rasanya dah lama kita duduk di rumah kan? Berhadapan dengan laptop dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang boleh jadi sangat memenatkan dan stress. Mama Siti dah ‘work from home’ berbulan-bulan dan sampai satu masa tu rasa macam bosan sangat dengan keadaan sekeliling sampailah Mama Siti rasa nak cipta ruang ‘home office’ sendiri dirumah!

Jadi, apa lagi? Mama Siti pun mulakan operasi untuk menghias dan mencipta mood ‘home office’ dan sejak Mama Siti cipta dan hias ‘home office’, bila start kerja je rasa tak stress dan sangat tenang! Yang paling seronok, bila kita ada mood ‘home office’ ni rasa lebih produktif dan rajin. Walaupun stress bekerja, keadaan ‘home office’ tu yang buat kita rasa bersemangat nak kerja.

Kredit Foto: Adobe Stock

Jadi, Mama Siti dah sediakan beberapa idea dan tips untuk membantu boost kan mood ‘work from home’ Mama! Ada juga yang bertanyakan kepada Mama Siti, “nak mulakan dari mana?” “rumah saya kecil je, boleh ke saya buat ‘home office’?

Jangan risau, jawapannya ialah BOLEH! Tips dan idea yang Mama Siti nak kongsi ini tak perlu ruang yang besar untuk mencipta office di rumah, kita hanyalah perlu gunakan ruang yang sesuai untuk mencapai produktiviti yang kita ingini! 

Wajib Ke Nak Buat Ruang ‘Home Office’ Ni?

Sebenarnya, ini semua terpulang kepada pilihan masing-masing. Ada yang selesa dengan ‘home office’, ada juga rasa tak perlu pun. Mama Siti sejujurnya rasa ianya ialah salah satu benda yang Mama Siti tak pernah menyesal! 

Rasa seronok sangat dapat menghias dan mencipta office di rumah mengikut cita rasa tersendiri! Yang pastinya, Mama Siti dah kurang rasa tertekan apabila bekerja di rumah. Jadi, apa lagi? Take note ya Mama!

6 Tips dan Idea Untuk Mencipta dan Menghiasi Ruang ‘Home Office’!

1) Lokasi Yang Sesuai

Kredit Foto: Adobe Stock

Antara aspek penting bagi office di rumah ialah lokasi! Lokasi memainkan peranan yang sangat besar dan penting. Kenapa? Sebabnya, kita nak ‘home office’ kita berada di kawasan yang tak terlalu bising dan sibuk. 

Contohnya, ‘home office’ patutnya jauh daripada ruang tamu dimana adanya television dan orang-orang lalu lalang. Mama juga harus elakkan dapur sebagai tempat untuk dijadikan home office. Tahulah, di dapur nanti tiba-tiba ada yang memasak akan menganggu ketenangan kita yang sibuk bekerja ni!

Mama Siti juga nak cadangkan, kalau lah rumah Mama ada pemandangan yang cantik, lebih baik ‘home office’ Mama menghadap pemandangan tu. Dengan cara ini, bila kita stress bekerja, pemandangan tu dapat membantu untuk menenangkan hati tau! Lagi-lagi kalau ada pokok-pokok yang cantik di luar. 

2) Kerusi Yang Selesa

Kredit Foto: Adobe Stock

Ini wajib! Selalunya ramai yang menghadapi kesukaran untuk bekerja ialah bila tiada kerusi yang selesa dan bagus. Ramai stay at home Mama yang complain rasa sakit belakang, sakit tangan, leher dan lain-lain apabila bekerja di rumah. Ini semua berpunca daripada duduk yang lama di depan laptop lagi-lagi bila tiada kerusi yang sesuai dan selesa.

Mama Siti mula perasaan yang postur badan makin lama makin teruk dan mudah sakit belakang. Jadi Mama Siti pun tukar ke kerusi yang berfungsi untuk memberi keselesaan untuk bekerja di rumah. Mama kena cari kerusi yang ada support di belakang, tangan dan boleh menyandar dengan selesa. Confirm lepas ni ‘work from home’ dah tak ada complain sakit belakang! 

3) Gunakan Dua Monitor

Kredit Foto: Adobe Stock

Ini ialah optional dan tak wajib pada pendapat Mama Siti. Walaupun begitu, Mama Siti akan galakkan Mama di luar sana untuk labur bagi ada dua monitor untuk ‘work from home’. Nak tahu kenapa? Dua monitor ni dapat memberi produktiviti yang lebih baik sebab Mama boleh dua kerja dalam masa yang serentak. Jadi Mama tak perlu la buka ‘tab’ yang banyak-banyak! 

Lagi satu, dua monitor ni juga bagus untuk penglihatan kita. Bila kita dah selalu tengok laptop yang kecil, lama-lama mata terasa penat dan kemungkinan boleh menjadi rabun sedikit. Tapi itu berdasarkan daripada pengalaman Mama Siti lah, sebabtu dua monitor yang besar dapat membantu melakukan kerja dengan lebih baik. 

4) Hiasi Dengan Tumbuhan dan Bunga Di Ruang ‘Home Office’

Kredit Foto: Adobe Stock

Go Green! Ini bahagian kegemaran Mama Siti bila nak menghias ‘home office’ ni. Walaupun kita dah siapkan, laptop, meja dan kerusi yang selesa, jangan lupa untuk hiaskan dengan tumbuh-tumbuhan! Dengan adanya tumbuhan dan bunga di home office kita ni dapat menyerikan dan menenangkan kawasan kita bekerja. 

Mama Siti suka hiasi home office dengan mini cactus dan home plant yang boleh diletakkan di atas meja. Jadi bila Mama Siti stres, tumbuhan dapat membantu kita lupakan masalah yang kita tengah fikirkan. Mengikut kajian, ada beberapa tumbuhan yang boleh mengurangkan stres:

5) Sediakan ‘Laptop Stand’ dan ‘Keyboard’

Kredit Foto: Adobe Stock

Sekarang Mama dah ada dua monitor, jadi ini masanya untuk beli keyboard! Keyboard yang bagus dapat memberi kepuasan bila kita melakukan sesuatu kerja. Dulu sebelum ini Mama Siti gunakan keyboard di laptop je. Sekarang ini Mama Siti dah tukar ke keyboard yang lebih bagus sebab bila lama-lama kita menaip, tangan kita akan selalu rasa lenguh! Jadi tak salah rasanya untuk upgrade kan? 

Kemudian, ‘laptop stand’ pula! Apa tu laptop stand? Laptop stand ini Mama boleh gunakan untuk meletakkan laptop di paras yang lebih tinggi. Jadi tak adalah kita sakit bahu menghadap laptop tu. Ini ialah pilihan dan perkara yang bagus jika Mama tak mahu untuk membeli dua monitor. 

6) Pencahayaan Yang Bagus!

Kredit Foto: Adobe Stock

Lighting, lighting, lighting! Cahaya memainkan peranan yang sangat penting untuk membina ‘dream home office’ kita. Bila kita bekerja dalam keadaan yang terang dan cerah, secara automatik kita akan rasa segar dan produktif. Bila kita ada ‘home office’ di tempat yang tak mempunyai cahaya yang bagus dan gelap, kita akan jadi lebih mudah mengantuk dan tak bersemangat. 

Mama Siti cadangkan untuk menghadap ke cahaya semula jadi di tingkap ataupun beli lampu meja yang sesuai untuk diletakkan di ‘home office’ Mama. Bila kita ada cahaya yang baik, nak buat kerja pun rasa semangat! Tak adalah malap je kan.

Jadi bagaimana dengan tips dan idea yang Mama Siti kongsikan? Mama suka tak? Harap-harap tips ini dapat membantu Mama untuk mencipta dan menghiasi ‘home office’ mengikut cita rasa Mama. Jangan risau, semua tips dan idea ini tak perlu diikuti bulat-bulat. 

Mama pilih yang mana sesuai dengan keadaan rumah Mama dan daripada situ, InsyaAllah akan tercipta home office yang selesa dan cantik! Tiada alasan untuk tak menjadi produktif ketika bekerja di rumah ya. Semoga tips ini bermanfaat dan selamat mencuba!

BACA JUGA 5 TIPS RUMAH NAMPAK LUAS DAN LEBIH TERSUSUN

Pesan Mama Siti

Percaya atau tak kalau kita cipta ‘home office’ kita sendiri secara automatiknya akan datang mood kerja tu. Dan kalau kita lama-lama kat ‘home office’ kita pun tak apa sebab kita sendiri suka dengan environment meja kerja kita. Mama Siti dah, mama yang lain bila lagi?