Sebelum melahirkan, set berpantang antara keperluan yang wajib ada dalam checklist. Ini penting kerana Mama akan menggunakan set ini semasa sesi berpantang nanti. Berpantang ini bukan untuk orang Melayu je, malah berpantang ni sebenarnya wujud di kalangan semua masyarakat tau.
Bagi Mama yang bakal melahirkan anak pertama mesti ada banyak persoalan tentang set ni. Pertama sekali, Mama Siti akan share apa itu set berpantang, bagi Mama yang first time ni ya.
Ia adalah set yang dapat membantu para Mama untuk kembali kepada badan yang langsing seperti anak dara dan menyembuhkan luka bersalin.
Seperti yang kita tahu, mengikut masyarakat Melayu, Mama yang baru bersalin akan mengamalkan pantang selama 44 hari. Berpantang ini termasuklah menjaga pemakanan, urutan atau teknik penjagaan.
Di Malaysia ada banyak sangat set yang popular dan bagus. Tetapi apakah syarat yang patut kita tahu sebelum membeli?
Tips Untuk Memilih Set Berpantang Yang Bagus Dan Selamat:
- Lulus Kementerian Kesihatan Malaysia
- Halal
Dua cara je untuk Mama pertimbangkan sebelum membeli set untuk berpantang ni. Tapi, dalam banyak-banyak set, yang mana patut Mama beli?
Jangan risau, Mama Siti akan senaraikan set yang popular dan sering digunakan ibu-ibu lepas bersalin di Malaysia. Set berpantang ini pasti dapat membantu Mama untuk sembuh dan mendapatkan badan yang ‘tip top’!
1) Set Berpantang Nona Roguy
Bagi yang mempunyai bajet yang lebih tinggi, produk ini sesuai untuk Mama kerana manfaatnya sangat banyak dan bagus. Cumanya harga sedikit mahal daripada yang set berpantang yang lain.
Jika Mama mengalami sembelit ketika berpantang, set ini dapat membantu kerana ia mempunyai phytonatal yang boleh melancarkan sembelit.
Selain itu, set Nona Roguy dikatakan mampu memberi tubuh badan yang langsing!
Dan ini terbukti melalui testimoni yang diberi oleh pengguna yang gembira dengan menggunakan produk ini.
Bahan-Bahan Set Berpantang Nona Roguy:
- Phytonatal
- Akar Herbanika
- Uncang Cuci Herbanika
- Herbanika Lulur
- Krim Herbanika Barut
2) Set Berpantang Shaklee
Untuk pengetahuan Mama, set berpantang Shaklee adalah set bersalin yang dipercayai ramai dan ternyata bagus bagi ibu yang berpantang!
Keberkesanan set berpantang Shaklee memang bagus dan berkesan bagi masa pemulihan dan penyembuhan luka dalaman selepas bersalin.
Apa yang best lagi tentang set ini? Set ini dapat membantu penyusuan susu ibu secara eksklusif dan membantu menurunkan berat badan dengan selamat!
Bahan-Bahan Dalam Set Berpantang Shaklee
- Vita-lea Iron Formula
- Sustained Release Vita-C Plus
- Ostematrix
- Alfalfa Complex
3) Set Berpantang Orang Kampung
Set ini berbeza sedikit dengan set yang lain kerana disertakan sekali bengkung! Wah, bestnya dapat bengkung sebab tak banyak set yang ada bengkung tau.
Jangan risau, set bersalin ni sangat sesuai untuk Ibu yang sedang dalam ingin produk yang mampu milik dan tak terlalu mahal.
Kelebihan Set dari Orang Kampung:
Seri lulur
- Membersih, melembutkan dan memulihkan kulit yang elastik. Agar nampak cantik dan berseri.
Seri pilis
- Untuk melegakan sakit kepala, mata kabur dan ketegangan otot mata
Seri susut
- Disapukan pada perut ibu sebelum membengkung untuk mengempiskan perut
Kapsul kacip fatimah
- Memperkuatkan tubuh bersalin, sangat sesuai untuk mereka yang bersalin normal atau cesarean.
Minyak telon
- Digunakan untuk mengelakkan perut kembung untuk bayi
Minyak gamat
- Rawatan luka-luka dalaman dan pengecutan rahim. Sesuai juga untuk yang ceaseran, sebab banyak sangat luka. Minyak gamat ni memang bagus untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
Minyak merah
- Mengurangkan sakit sendi, sakit belakang dan mengurangkan rasa sejuk di bahagian2 badan. Paling suka bila guna untuk urut, habis keluar angin-angin di badan.
Ubat periuk
- Merawat dan mengembalikan rahim dalam bentuk asal. membantu peredaran darah dan memulihkan sistem penghadaman
Jeli gamat
- Rawatan luka-luka dalaman dan pengecutan rahim
4) Set Berpantang DHerbs
Tak lain dan tak bukan, DHerbs yang dikenali ramai orang. Sudah pasti nama produk ini tak asing lagi kan? Set dari DHerbs ini juga antara penggemar mama-mama yang bersalin kerana mempunyai bahan yang sangat mustajab!
Keistimewaan Set untuk Berpantang DHerbs:
- Pilis dan Param Mak Bidan
- Krim Panas
- Minyak Telon
- Tungku Herba
- Perawan Herba Herbal Wash
- Mandian Herba
- Pati Herba Mak Bidan
- Jamu Mak Bidan (Kapsul)
Paling penting, produk ini mendapat review yang sangat bagus daripada mama-mama yang mencubanya.
5) Set Bersalin Anugerah
Set Bersalin Anugerah sangat special bagi Mama untuk mengembalikan tenaga, kecantikan, tubuh langsing dan menawan serta memulihkan semangat Mama yang baru melahirkan anak.
Paling istimewa, setiap ramuan di dalam set bersalin Anugerah telah didoakan dengan 30 juzuk Al-Quran dan doa-doa pilihan agar ibu dan bayi dibaluti dengan mukjizat qalam Allah.
Set Bersalin Anugerah Normal mengandungi:
- Losyen Sejuta khasiat Anugerah
- Mandian/ Sauna Herba Anugerah
- Rahsia Ketenangan Ibu Minyak Pilis Anugerah
- Minyak Telon Anugerah
- Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah
- Rahsia Kebersihan Wanita
- Minyak Sejuta Wanita
6) Set Bersalin/Berpantang Jamu Jelita
Akhir sekali ialah set dari Jamu Jelita. Ini juga setanding dengan produk yang lain.
Ada apa dalam set bersalin dan berpantang Jamu Jelita ini?
Air Selusuh
- Apa yang menarik dalam air selusuh ini adalah campuran antara air zam-zam dan air suling yang dibacakan dengan surah-surah terpilih dalam Quran.
Balm Hangat Berherba
- Balm hangat ini digunakan sebelum memakai bekung. Kalau kaki dah bengkak sebab angin terlalu banyak, boleh guna balm ini untuk buang angin.
Jus Tradisi Wanita
- Untuk menambah tenaga, mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah agar wajah sentiasa ayu dan berseri sepanjang pantang. Rasa jus ini sedap, tak terlalu manis, dan tak pahit.
Minyak Selesa
- Minyak ni digunakan selepas mandi, baunya tak lah busuk, tapi berbau harum semulajadi, sesuai la untuk mereka yang nak bau wangi. Boleh digunakan secara berterusan untuk mengelakkan bengkak kaki.
Rendaman Herba
- Rendaman herba ini sama je fungsinya dengan herbal wash daripada Set Bersalin Anugerah, cuma rendaman ini Mama perlu panaskan dan gunakan. Herbal wash anugerah boleh digunakan terus tanpa perlu panaskan dan lain-lain. Fungsinya sama, untuk membersihkan bahagian vagina.
Sabun Nyaman
- Dalam bentuk sabun, berfungsi untuk membersih dan memberi kesegaran kepada Mama.
Serbuk Nyaman
- Fungsi macam bedak sejuk. Ia juga ada ‘cooling effect’!
Tungku Herba Tradisi
- Mengecutkan peranakan, menyihatkan urat-urat,mengempiskan perut.
Utamakan Kesihatan, Pilih Produk Yang Selamat
Ingat, jangan ‘rushing’ atau main ikut sedap hati ya Mama. Berpantang ini bukan benda yang remeh. Ianya amat penting bagi pemulihan dan kesihatan Mama, serta si manja.
Jadi, pastikan Mama buat ‘research’ yang teliti, kaji bahan-bahan sebelum membeli.
Mama juga boleh bertanya dengan rakan-rakan yang dah bersalin bagi mendapat testimoni yang jujur!
Semoga cadangan produk ini dapat membantu Mama untuk membuat keputusan yang terbaik ketika berpantang.
Semoga bermanfaat!
BACA JUGA MENU BERPANTANG MENYELERAKAN MUDAH DIMASAK PART 1
Pesan Mama Siti
Setiap wanita pasti nak yang terbaik untuk kesihatan dan tubuh badannya jadi kita kenalah bijak memilih set berpantang yang terbaik untuk kita dan yang penting mengikut kemampuan kita.