KelabMama

6 LOKASI LEPAK BERSAMA KELUARGA KETIKA MUSIM HUJAN

Bercuti bersama anak-anak sememangnya sesuatu yang cukup menyeronokkan. Saat itu jugalah ibu bapa dapat meluangkan masa berkualiti dek kekangan kesibukan bekerja setiap hari. Namun, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, ditambah kos semakin membebankan dan kekangan kerja di pejabat yang tidak pernah selesai, percutian dirancang terpaksa ditangguh atau dibatalkan terus.

Jika dulu, pusat beli-belah ini dikunjungi apabila ingin membeli barang seperti baju, peralatan rumah atau mungkin mahu menjamu selera saja. Namun kini, ia sudah menjadi pusat sehenti bagi masyarakat setempat melakukan pelbagai aktiviti riadah. Pusat beli-belah juga kini menjadi lokasi alternatif untuk membawa anak bercuti terutama pada musim hujan ini.

Meluncur Ais Di IOI Mall Putrajaya & Sunway Pyramid

Dengan keadaan cuaca di negara kita yang tidak bersalji, meluncur di gelanggang luncur ais pastinya cukup menyeronokkan. Bersaiz Olimpik, aktiviti riadah yang mengujakan ini pastinya dapat dirasai saat berkunjung ke IOI City Mall Putrajaya. Terletak di selatan Lembah Klang, IOI City Mall Putrajaya antara pusat beli-belah terbaru yang menyediakan pusat riadah menyeronokkan dan cukup mencabar. Satu lagu lokasi luncur ais yang cukup terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia adalah di Sunway Pyramid.

Bersantai Dengar Alunan Muzik Di The Symphony Walk

Malah aktiviti riadah bersama anak-anak boleh diteruskan dengan pertunjukan air pancuran berirama di pintu masuk utama pusat beli-belah 101 Malll yang diberi nama The Symphony Walk. Menariknya, di sekitar The Symphony Walk itu, terdapat beberapa tempat khusus untuk pengunjung berehat sambil mendengar alunan muzik mengiringi pancuran air yang cukup mendamaikan.

Aktiviti Indoor Pecah Lemak Di District 21

Selain gelanggang luncur ais, aktiviti riadah yang mencabar kekuatan mental dan fizikal pengunjungnya adalah District 21.Hanya RM75 seorang, anda berpeluang mencabar diri melakukan semua aktiviti yang di situ.

Mengembara Di Petrosains KLCC

Selesai beriadah, jamu selera di beberapa restoran yang menyediakan pelbagai hidangan menarik untuk anda. Suria KLCC juga antara pusat beli-belah yang pastinya memberikan keseronokan beriadah. Terletak di Menara Berkembar Petronas dengan rekaan unik Suria KLCC menawarkan pelbagai aktiviti riadah yang cukup menarik. Ingin meneroka sains dan pelbagai aktiviti berkaitan sains, Petrosains, The Discovery Centre nyata membuatkan anak-anak teruja.

Menyelam Di Aquaria KLCC

Disenaraikan akuarium keempat terbaik di Asia, Aquaria KLCC pula menanti anak anda dengan pelbagai aktiviti hebat. Terokai perairan tropika eksotik dalam dua aras de­ngan terowong bawah air sepanjang 90 meter. Menempatkan lebih 20,000 hidupan daratan dan air dari lebih 250 spesies berbeza dalam dan luar negara, anda bukan saja berpeluang melihat hidupan laut ini bebas berenang malah maklumat lengkap berkenaan setiap pameran turut disediakan. Keunikan susun atur kolam, penerangan yang jelas bagi setiap spesies dan terowong besar memberi peluang pengunjung melihat pelbagai jenis ikan termasuk jerung hidup bebas berenang mengelilingi mereka bagaikan di laut dalam.

Lakukan Apa Sahaja Di Dunia KidZania Kuala Lumpur

Seumpama berada di sebuah alam lain yang direka khas untuk kanak-kanak! Begitulah yang dirasai tatkala melangkah masuk ke KidZania Kuala Lumpur. Bagaikan sebuah ‘negara’ yang direka khusus untuk menyuntik keriangan, taman tema tertutup berunsurkan pendidikan itu menawarkan peluang kepada mereka yang berusia seawal tiga tahun sehingga 14 tahun untuk merasai pengalaman melakukan pekerjaan dan aktiviti orang dewasa.

Taman Tema Indoor Cosmo World Di Berjaya Times Square

Cosmo World Theme Park adalah terbesar taman tema tertutup di Malaysia yang meliputi kawasan seluas kira-kira 380,000 kaki persegi. Taman tema yang orang dewasa dan kanak-kanak taman tema yang berdiri sendiri dengan berbagai jenis permainan dan hiburan. Empat daripada wahana tunggangan keseronokan yang direka khas untuk Cosmo World Theme Park. Di antara perjalanan, yang paling mendebarkan akan menjadi panjang Supersonic Odyssey roller coaster 800 meter. Terdapat juga 30 meter tinggi Spinning Orbit, DNA Manusia dan Serangan Angkasa yang pasti akan membuat pam adrenalin anda sekurang-kurangnya dua kali lebih cepat. Terdapat juga tunggangan kurang mendebarkan yang lebih sesuai untuk anak-anak dan keluarga.