KelabMama

6 KRITERIA BREAST PUMP TERBAIK PILIHAN MAMA DI MALAYSIA

Perjalanan bergelar ibu menyusu yang bekerja sepenuh masa ternyata bukanlah mudah. Namun, kejayaan penyusuan susu ibu sebenarnya banyak dipengaruhi oleh diri sendiri. Niat menyusukan sejak mengandung amatlah penting dan 90% kejayaan penyusuan susu ibu adalah bergantung kepada niat ini selain daripada sokongan orang sekeliling. Antara satu tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu ini adalah dengan pemilihan pam susu yang bagus. Kini, terdapat pelbagai brand di pasaran dengan harga yang murah sehingga mencecah ribuan ringgit. Bagi ibu bekerjaya, gajet penyusuan seperti ini adalah antara satu keperluan yang utama dan sangat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Masih mencari-cari breast pump yang bersesuaian dengan anda? Masih berkira-kira tentang bajet yang ingin di keluarkan? Jika ini kehamilan yang pertama, sudahkah anda menyediakan keperluan yang lain? Senarai ini boleh membantu anda.

 

  1. Breast Pump Popular Dikalangan Ibu Bekerja

 

Medela Freestyle Double Electric Breast Pump yang praktikal, ringan dan mudah di bawa ke mana-mana. Apa yang menyebabkan ibu-ibu bekerja tertarik dengan breast pump ini adalah kerana ianya boleh menggunakan elektrik dan juga bateri yang boleh dicas semula. Maka anda boleh mengepam ketika tiada plak elektrik di mana-mana sahaja dan tidak perlu membeli bateri baru. Selain itu, pam jenis ini mempunyai kelebihan handsfree yang membolehkan anda mengepam sambil membuat kerja-kerja yang lain.Satu lagi kelebihan pam ini ialah kebolehannya menyimpan stail mengepam anda yang spesifik. Sebagai contoh jika anda selalu memerlukan 10 minit urutan stimulasi untuk setiap 20 minit pengepaman, anda boleh menyimpan stail ini untuk memudahkan kegunaan di masa akan datang.Kekurangan pam ini mungkin dari segi harga tetapi jika dilihat fungsi-fungsi yang didatangkan bersama pam ini, ia agak berbaloi.

Kelengkapan yang didatangkan dalam pakej pam ini:

1 x Medela Freestyle Breast Pump

1 x Black microfiber tote bag

1 x Rechargeable Lithium Ion Battery

1 x AC Power Cord 12V

1 x Insulated cooler bag and ice pack

4 x 150 mL (5oz) BPA-free breastmilk bottles and lids

1 x Double pumping kit

2 x Medium (24 mm) PersonalFit™ breastshields

2 x Large (27 mm) PersonalFit™ breastshields

2 x Freestyle breastshield connector bodies

1 x Set of tubing

2 x Membranes

1 x Hands-free accessory kit with 2 pairs of bra clip (A & B)

 

  1. Breast Pump Dua Corong Murah Paling Popular

 

Unimom Forte Double Electric Breast Pump adalah breast pump 2 corong yang paling popular di antara breast pump yang murah. Kelebihan pam ini ialah bunyinya amat senyap dan boleh digunakan secara manual jika tidak terdapat plak elektrik.Tetapi switch kit untuk pam manual perlu di beli asing. Pam ini juga dikatakan salah satu breast pump di dalam kategori tahan lasak.

Kelengkapan yang didatangkan dalam pakej pam ini:

1 x Forte electric breast pump

2 x breast shields

2 x teats

2 x white valves

2 x bottle stands

2 x bottles

2 x bottle covers

2 x caps

2 x disks

2 x large membranes

2 x bottom covers

2 x top covers

2 x air tubes

1 x connector

2 x silicone massager

 

  1. Breast Pump Yang Paling Mudah Dan Selesa Digunakan

 

Breast pump yang mendapat banyak review positif tentang kemudahan dan keselesaan penggunaannya adalah Tommee Tippee Closer to Nature Electric Breast Pump. Pam ini mudah di pasang dan di bersihkan kerana hanya melibatkan beberapa bahagian sahaja. Corong silikonnya amat lembut pada payudara dan amat selesa sepanjang tempoh mengepam. Selain itu bentuknya yang kecil memudahkan anda membawa ke mana-mana dan boleh di letakkan di dalam beg tangan. Pam ini juga boleh menggunakan bateri AA jika tiada plak elektrik berdekatan anda.

Kelengkapan yang didatangkan dalam pakej pam ini:

1 x electric breast pump

1 x 150ml bottle

1 x breast milk storage pot

6 x breast pads

1 x steriliser box

 

  1. Breast Pump Manual Paling Popular

 

Philips Avent Natural Manual Breast Pump adalah pam manual yang paling popular di Malaysia. Dengan harga tidak sampai RM200, pam ini mudah dibawa kemana-mana hanya masukkan saja ke dalam tas tangan anda. Tidak perlu tercari-cari plak elektrik mahupun bateri, pam sahaja dengan tangan. Tidak menyakitkan bahkan ramai yang mengatakan pam ini sangat selesa. Tetapi mestilah ketika anda mengepam, anda tidak boleh melakukan hal-hal lain. tetapi tidak mengapa, rehat sahaja kerana mengepam dalam keadaan stress sudah pasti impaknya ke atas pengeluaran susu anda. Kelebihan pam ini, anda hanya perlu pam sekali dan apabila susunya sudah keluar biarkan sahaja sehingga habis dan pam semula. Mudah bukan?

Kelengkapan yang didatangkan dalam pakej pam ini:

1 x Manual breast pump with funnel cover

1 x Avent Natural feeding bottle 4oz/125ml

1 x Extra soft newborn teat pack

1 x Sealing disc (for milk storage)

2 x Avent Disposable Breast Pads-Night

2 x Avent Disposable Breast Pads-Day

 

  1. Breast Pump Paling Tahan Lasak (Gred Hospital)

 

Jika anda tidak ke mana-mana, hanya mengepam dalam satu tempat sahaja. Ameda Lactaline Breast Pump adalah tepat untuk anda. Pam yang tahan lasak untuk hasil yang berkualiti.

Kelengkapan yang didatangkan dalam pakej pam ini:

1 x Ameda Lactaline Breast

1 x HygieniKitTM Double Milk Collection System (BPA and DEHP free)

1 x AC Power Adaptor

1 x Instructions for use

 

  1. Breast Pump Handsfree Yang Paling Popular

 

Bayangkan anda mengepam susu tanpa perlu menyelak baju anda. Menarik bukan? Freemie Collection Cups  datang dengan dua size iaitu 25mm dan 28mm. Ya, harga untuk collection cup ini agak mahal, tetapi jika anda tidak kisah, anda boleh mendapatkannya di dalam group preloved Facebook dengan harga lebih murah. Jangan bimbang, collection cup ini boleh disesuai dengan pam-pam seperti:

Spectra : M1, S1, S2, S3, Dew 300, Dew 350.

Unimom : Forte, Allegro.

Medela : Freestyle, PISA, Swing, Swing Maxi

Autumnz : Passion, Bliss.

Lacte : Duet, Solo

Malish : Mango, Ilaria

Snow Bear : Single advanced, Micro computer.

Philips Avent

Ameda Lactaline

Kelengkapan yang didatangkan dalam pakej ini:

2 x Collection cup

2 x 25mm funnel

2 x 28mm funnel

2 x Tubing

3 x Quick connector

2 x Backflow Protector

3 x Short tubing

1 x T-connector

 

  1. Breast Pump Mampu Milik Paling Popular

  

 

Anda juga memerlukan ini:

 

 

Sumber: Internet