KelabMama

5 Tips Rumah Nampak Luas Dan Lebih Tersusun

deko rumah

Selamat Tahun Baru, Mama! Tahun baru ni, apa kata kita level up rumah Mama? Mama Siti ada tips rumah nampak luas dan kemas yang nak dikongsikan. Pastinya tips-tips ni tak perlu keluarkan modal yang banyak pun, cuma ubah sikit je dan comfirm rumah Mama akan nampak berbeza dan sangat luas. 

Kalau Mama nak tahu, walaupun rumah kita kecil macam rumah flat atau apartment, boleh nampak luas tau! Tapi kenalah menggunakan teknik dan tips yang betul. Banyak sangat peranan yang boleh buat rumah nampak luas dan kemas sebenarnya. 

Kadang-kadang, kita tak tahu bagaimana nak buatkan rumah nampak luas, dan yang paling best tips ni Mama Siti dapat daripada banyak menonton rancangan home decor di television. Jadi, Mama Siti dah cuba dan kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan. Rumah mereka pun dan luas dan nampak saaangat kemas!

5 Teknik dan Tips Rumah Nampak Luas Dan Kemas

1) Cat Warna Putih atau Monochrome

Kredit Foto: Pinterest

Pertama sekali, pilihan warna rumah haruslah warna yang cerah, warna putih ataupun monochrome. Warna yang putih membuatkan ruang nampak terbuka, luas dan menenangkan. Kalau Mama catkan dinding dan siling berwarna putih, rumah akan nampak lagi tinggi dan besar. Rumah yang kecil akan nampak ‘sleek-looking’ dan paling penting tak serabut di mata! 

Selain tu, Mama juga boleh cuba warna seperti cream atau pastel jika tak berkenan dengan warna putih. Warna yang gelap boleh membuatkan rumah nampak sempit dan kecil! Jadi, Mama Siti tak cadangkan Mama untuk menggunakan warna yang terlalu gelap bagi rumah yang kecil. Untuk contrast dengan warna yang cerah, Mama boleh gunakan perabot yang gelap untuk melihat perbezaan warna rumah. 

Extra tips: Warna putih ada pelbagai variasi, jadi janganlah Mama pilih putih yang pucat pula. Pilih warna putih yang bersesuaian dengan rumah Mama ya!

2) Minimalist Concept Antara Tips Rumah Nampak Luas

Kredit Foto: Elle Decor

Apa itu minimalist? “Less is more”. Konsep minimalis ialah gaya moden yang mempunyai identiti yang simple dan rapi. Maksudnya, rumah tak perlu sarat dengan perabot dan paling penting sekali just keep it simple. 

Kita tak nak ruang yang sempit nampak padat, kan Mama? Tapi ada juga rumah yang kecil tak mengamalkan konsep minimalis dan hasilnya nampak sangat sempit dan padat. Tapi kita kena ingat, masing-masing ada cita rasa tersendiri! Mungkin ada sesetengah orang suka maximalist concept!

3) Pilihan Lighting Yang Tepat

Kredit Foto: Dig This Design

Lampu memainkan peranan yang sangat besar. Rumah yang mempunyai lampu yang sikit atau warna lampu yang salah, akan membuatkan rumah nampak sangat kecil dan sempit. Jadi, Mama Siti cadangkan untuk memasang lampu yang secukupnya supaya rumah tak nampak suram. 

Mama Siti dapat tips ni daripada seorang arkitek yang menggunakan konsep “optical illusion”. Oh ya! Mama juga boleh gunakan juga lampu berwarna kuning untuk dapat effect “homey” dan tenang! 

4) Kurangkan Barang Yang Tak Diperlukan

Kredit Foto: Talk For Home

Kadang-kadang, kita tak perasan yang rumah kita dah makin sarat dengan barang yang dikumpul sepanjang tahun kan? Barang anak-anak, encik suami punya kotak kasut ke, atau barang kita sendiri! Jadi daripada rumah kita dipenuhi dengan barang yang tak digunakan lagi, apa kata Mama get rid of it supaya rumah akan lebih kemas dan teratur.

Kalau nak tahu, rumah yang terlalu banyak barang akan membuatkan rumah nampak sangat serabut dan sempit. Jadi, untuk tahun baru 2021 ini kita akan berazam untuk membuang barang-barang yang tak digunakan lagi supaya ruang rumah akan lebih luas!

5) Hiasan Yang Sederhana Juga Antara Tips Rumah Nampak Luas

Kredit Foto: Elle Decor

Siapa je tak suka hiasan kan? Tapi kadang-kadang terlebih-lebih pulak kita sebagai seorang Ibu kan? Ini nak sangkut, nak letak itu dan ini atas almari, meja dan sebagainya! Kalau boleh, hiasan rumah biarlah sederhana. Medium and sweet pun comel juga kan?

Mama Siti sentiasa pastikan rumah tak ada hiasan yang terlalu besar dan juga tak terlalu kecil. Selalunya, Mama Siti akan beli hiasan, seperti bunga yang saiznya sederhana, ataupun frame gambar yang tak terlalu besar. Jadi, rumah tak adalah terlalu over-crowded!

Tahun 2021, Rumahku Syurgaku

Mama Siti nak ingatkan, tips dan teknik ini hanyalah untuk guideline bagi Mummies di luar sana untuk mendapat inspirasi dan idea. Tak semestinya semua kena ikut tips ni sebab Mama Siti sendiri berpendapat, rumah kita biarlah kita design mengikut cita-rasa kita yang tersendiri. 

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA 5 FUNGSI BUAH LEMON UNTUK BERSIHKAN RUMAH

Pesan Mama Siti

Ikut kata hati, dan masa ini lah Mama boleh get creative! Jangan risau, seni dan dekorasi rumah sangatlah besar variasinya. Jadi, harapnya tips ini dapat membantu Mama untuk mendapatkan rumah yang tampak lebih besar dan teratur!