KelabMama

5 Tips Ajar Anak-Anak Tentang Azam Tahun Baru!

azam tahun baru

Kredit Foto: Adobe Stock

Pejam celik, pejam celik kita dah pun melangkah ke tahun 2021. Cepat sangat masa berlalu! Haa, kalau cakap pasal tahun baru, mesti kita kena ada azam kan? Azam tahun baru ialah cara yang sangat bermanfaat untuk mendapat inspirasi supaya kita akan menjadi lebih baik atau ingin mencapai sesuatu pada tahun baru ini. 

Kalau Mama nak tahu, azam tahun baru ialah salah satu cara untuk hidup yang lebih bahagia dan ianya akan menjadi rutin yang bagus dalam diri kita.

Kredit Foto: Adobe Stock

Wajib Ke Anak-Anak Untuk Ada Azam Tahun Baru?

Melentur buluh kan biarlah dari rebungnya, jadi mengajar anak-anak tentang azam tahun baru ialah cara yang bagus untuk mereka belajar ertinya mencapai cita-cita ataupun kehendak. Mama Siti mula mengajar anak-anak ketika mereka berumur 4 tahun dan setiap tahun mereka akan senaraikan apa yang mereka mahu untuk tahun baru. 

Manfaat Mengajar Anak-Anak Tentang Azam Tahun Baru

Jadi, Mama Siti dah kongsikan beberapa kebaikannya, jadi sekarang macam mana kita nak didik mereka? Percayalah, untuk kali pertama memang sangat susah, lagi-lagi anak yang kecil. Mereka mesti tak faham apa itu azam dan kenapa mereka kena lakukannya.

Jadi, Mama dan Papa kena jadi role model mereka dan tunjukkan mereka contoh bagaimana hendak melakukannya. Yelah, anak-anak belajar daripada tengok Mama dan Papa kan!

Cara-Cara Mengajar Anak-Anak Tentang Azam Tahun Baru!

1) Mulakan Dengan Azam Yang Mudah Dan Simple

Kredit Foto: Adobe Stock

Bagi anak yang kecil, mereka akan lebih faham jika azam mereka tidak terlalu susah atau besar. Contohnya, Mama boleh ajar mereka untuk mulakan dengan azam-azam seperti ini:

Haa, mudah kan, Mama? Mulakan dengan azam yang simple jadi lebih senang untuk anak-anak merealisasikannya! 

2) Berikan ‘Rewards’ Untuk Anak-Anak

Kredit Foto: Adobe Stock

Siapa je tak suka ganjaran kan? Untuk ajar anak-anak, kita kenalah sediakan ganjaran untuk mereka supaya anak-anak akan lebih bermotivasi untuk capai azam mereka!

Di peringkat awal, Mama dan Papa kena galakkan mereka dengan ganjaran seperti makanan yang mereka suka, mainan ataupun tengok cerita yang mereka suka! Dengan cara ni, anak-anak pasti akan lebih excited untuk azam tahun baru mereka.

3) Azam Yang Positif

Kredit Foto: Adobe Stock

Mama boleh ajak anak-anak duduk di meja makan dan minta mereka senaraikan 5 azam yang mereka ingin lakukan dan paling penting, pastikan azam mereka positif ya!

Mama harus pantau azam mereka supaya anak-anak tak menulis azam yang negatif. Pastikan azam anak-anak ialah azam yang akan menjadikan mereka lebih baik dan bukannya tak baik. Ada juga ibu bapa yang tak pantau azam anak mereka dan ini amatlah membahayakan tau!

4) Ikuti Perkembangan Azam Tahun Baru Anak-Anak

Mama, pastikan untuk ‘follow up’ dengan azam anak-anak tau! Setiap bulan, lihat perkembangan mereka, ada tak azam yang mereka dah laksanakan? Atau masih progres yang sama? Kadang-kadang, mereka akan lupa dengan azam mereka.

Jadi, Mama harus mainkan peranan yang bagus dengan mengingatkan mereka untuk terus bersemangat dalam mencapai azam mereka! Tips dari Mama Siti, letakkan atau tampal senarai azam anak-anak di peti sejuk ataupun di dinding supaya mereka akan lebih peka dan beringat! 

5) Jangan Memaksa!

Kredit Foto: Adobe Stock

Akhir sekali, ini yang PALING PENTING! Jangan paksa anak-anak. Kalau mereka tak suka, jangan paksa mereka. Kadang-kadang, anak-anak tak berminat dengan aktiviti seperti ini, dan setiap anak juga berbeza kan?

Mungkin Mama boleh cuba cara untuk menaikkan semangat anak-anak dengan cara yang lebih kreatif! Yelah, setiap Ibu itu lagi mengenali anaknya sendiri kan, jadi mungkin Mama boleh ubah cara untuk mencapai azam tahun baru anak-anak. 

Contoh Azam Tahun Baru Untuk Anak-Anak

Haa, itu adalah salah satu contoh azam tahun baru untuk anak-anak Mama. Jangan risau, azam ini sangat personal jadi pastikan senarai itu mengikut kemampuan dan kehendak diri kita sendiri. 

Kalau anak-anak Mama masih tak faham untuk melakukan azam tahun baru, jangan risau tahun hadapan kita boleh cuba lagi sama-sama, ya? Selamat Tahun Baru, Mama!

BACA JUGA ‘GUIDELINES’ MENDIDIK ANAK-ANAK DENGAN POSITIF

Pesan Mama Siti

Seronok sebenarnya bila kita ajar anak-anak tentang azam ni. Bukan je memberi kebaikan kepada anak-anak tapi juga melatih anak-anak belajar berusaha sehabis baik untuk dapat atau capai sesuatu yang mereka inginkan.