Semasa membesar, anak-anak perlukan pembelajaran yang secukupnya kerana ianya penting untuk minda mereka. Kanak-kanak mudah untuk serap apa yang mereka belajar ketika usia yang muda! Apatah lagi kanak-kanak di zaman kini dari awal dah terdedah dengan pelbagai saluran Youtube.
Mama Siti tahu yang kadang-kadang Mama dan Papa akan pasang kartun untuk tontonan anak-anak kan? Sebenarnya kartun juga bagus untuk anak-anak tapi sekali sekala kita boleh beri masa dan ruang untuk pembelajaran anak-anak. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya kan!
Mama Siti ada cadangan 5 saluran di Youtube yang bagus untuk perkembangan dan pembesaran anak. Mama Papa, take note ya!
5 Saluran Yang WAJIB Ditonton Di Youtube:
#1 Alphablocks
- Saluran Youtube ni sesuai untuk kanak-kanak yang baru nak mula membaca dan mengenal huruf! Rancangan ni sangatlah ‘kid friendly’ dan mudah difahami oleh kanak-kanak.
- Setiap videonya juga sangat interaktif dan penuh dengan warna yang boleh menarik perhatian kanak-kanak!
#2 Nat Geo Kids
- Siapa je tak pernah dengar National Geography kan? Haa, kali ni Mama Papa cuba benarkan anak-anak untuk tengok Nat Geo Kids! Nak tahu kenapa? Rancangan ni penuh dengan ilmu pengetahuan tentang haiwan! Yelah, kanak-kanak kan selalu rasa ingin tahu tentang haiwan ni.
- Kalau Mama dan Papa nak beri general knowledge kepada mereka, rancangan ni sangat sesuai untuk ditonton! Kalau Mama dengan Papa nak tengok sekali pun boleh!
#3 Mathantics
- Antara benda yang wajib dipelajari oleh anak-anak ialah nombor! Kanak-kanak perlu mengenal nombor dan mengira secara basic. Belajar nombor dan mengira bukanlah sesuatu yang senang dan kanak-kanak boleh jadi keliru.
- Jadi, Mama Siti cadangkan menonton rancangan ni untuk pembelajaran anak-anak pada permulaan. Cara yang diajar oleh cikgu Matematik ni pun sangat mudah difahami!
#4 The Dad Lab
- Ilmu sains juga penting dan kanak-kanak amat sukakan experiment! Mereka gemar mencuba perkara baru dan sesuatu yang boleh dilakukan secara ‘hands on’. Kadang-kadang, menonton Youtube je atau membaca buku anak-anak tak cukup kan?
- Apa kata Mama dan Papa contohi Youtube channel ni? Mereka melakukan experiment sains bersama anak-anak. Mereka akan lebih interaktif terhadap pembelajaran mereka tau!
#5 Knitting Help
- Siapa kata ilmu menjahit tak penting? Menjahit juga boleh menjadi pembelajaran yang bagus untuk minda anak-anak! Menjahit dapat mengajar anak untuk bersabar dan tak putus asa. Mereka akan sentiasa mencuba mencipta sesuatu yang baharu dan menjadi kreatif!
- Mama Siti sangat syorkan rancangan ni bagi anak-anak Mama dan Papa. Cuba tengok adik tu, di umur semuda tu dah pandai menjahit tau! Hebat kan? Anak-anak Mama Papa pun boleh belajar menjahit juga!
Semoga rancangan-rancangan Youtube yang dikongsikan tadi dapat membantu Mama Papa dalam mempelbagaikan cara untuk menaikkan minat anak-anak belajar.
Selamat mencuba!
BACA JUGA STICKER SENJATA RAHSIA PERKEMBANGAN ANAK
Pesan Mama Siti
Mama Papa haruslah mengawal apa yang ditonton oleh anak-anak di Youtube dan pastikan apa yang anak-anak tonton itu bermanfaat dan dapat menghubungkan sel-sel otak mereka.