Alahai..kesiannya si manja kesakitan ketika ingin “poo poo” ya. Ibu bapa mana je nak lihat bayi mereka merana kerana sembelit kan? Mama Siti pun tak sanggup! Bila dah macam ni nampak gayanya kena cari tukar susu untuk bayi sembelit lah.
Tapi macam mana nak tahu sama ada si manja sedang mengalami sembelit? Jom ketahui tanda-tanda bayi mama sedang sembelit dan bagaimana ingin merawatnya di bawah.
Tanda-tanda bayi mengalami sembelit
Menurut kajian, sembelit bukan hanya mengenai kekerapan bayi Mama buang air kecil. Ini juga mengenai betapa sukarnya mereka melakukannya.
Sekiranya mereka mempunyai najis yang lembut dan mudah dilalui setiap 4-5 hari, mereka mungkin baik-baik saja. Sebaliknya, Mama kena berbincang dengan doktor sekiranya mereka:
- Kurang buang air besar
- Meneran
- Darah pada najis
- Perut yang kembung
- Tak mahu makan
- Kelihatan tak selesa
Cara-cara untuk merawat bayi yang sembelit
1) Tingkatkan pengambilan serat
Bayi yang dah mula mengambil makanan boleh meningkatkan pengambilan serat supaya najis lebih lembut dan mudah dikeluarkan. Beberapa jenis makanan yang tinggi serat adalah:
- Brokoli
- Sayur sayuran yang lain
- Buah pear
- Buah prun
- Buah epal
2) Berikan makanan dalam bentuk Puri
Jika umur bayi telah lebih 6 bulan dan mula mengambil makanan yang lembut, pengambilan makanan berbentuk puri iaitu sayur-sayuran yang dilenyekkan adalah sesuai untuk bayi yang mengalami masalah ini.
3) Berikan air lebih
Air yang mencukupi akan menyebabkan makanan dalam usus dapat bergerak seperti biasa. Air dan susu adalah cecair yang sesuai untuk memastikan anak Mama sentiasa terhidrasi.
4) Tukar susu untuk bayi sembelit
Jika anak Mama menyusu badan je, Mama boleh tunggu beberapa hari untuk melihat sama ada bayi itu dapat buang air semula ataupun tak.
Tetapi jika tak, Mama Papa perlu membawa bayi ke klinik untuk pemeriksaan. Jika bayi tersebut dah mula makan, Mama boleh cuba mengubah diet dalam permakanannya.
Bayi yang mengambil susu botol mungkin boleh menukarkan jenis susunya seperti jenama-jenama di bawah.
5 Susu formula untuk bayi sembelit
1) Novalac NOVAMIL 1 – 3years DHA Milk Formula
Susu bayi pertama dalam senarai ini memang dirumus khas untuk membantu:
- Mengurangkan sembelit.
- Mempercepatkan pergerakan najis di dalam usus.
- Unik dan telah disesuaikan untuk menyelesaikan masalah kecil bayi yang minum susu formula.
- Susu formula untuk bayi sembelit ini mempunyai khasiat lengkap dengan nutrien penting diperlukan di manja.
- Dibuat daripada susu segar yang dihasilkan dari ladang-ladang yang terpilih.
Susu Novalac Novamil ini diformulasi untuk bayi 1 hingga 3 tahun dan diimport sepenuhnya daripada negara Eropah.
Diuji secara klinikal oleh kumpulan ahli farmasi, pakar kanak-kanak dan pakar diet, susu ini mengandungi bahan-bahan seimbang yang diperlukan oleh si kecil.
Dengan tambahan DHA yang baik untuk minda serta GOS Prebiotics untuk sistem penghadaman, bayi Mama akan kekal sihat sentiasa. Didatangi dengan perisa vanila, pasti si kecil tak menolak.
2) DUMEX Dupro Lactose Free
Susu Dumex Dupro Lactose Free ini diformulasi buat anak-anak yang tak mempunyai daya toleransi dengan laktosa. Formula khas ini mengandungi 5 zat penting yang diperlukan bayi termasuk DHA, karbohidrat, protein, Vitamin A dan kalsium yang tinggi.
Ianya terhasil dengan tujuan untuk membantu si kecil yang mempunyai masalah pencernaan apabila mengambil susu formula biasa hingga menyebabkan anak sembelit ataupun cirit-birit.
3) Susu Kambing WILDAN
- Dijadikan sebagai susu alternatif
- Sesuai untuk kanak-kanak & ibu mengandung
- Lindungi sistem pertahanan badan
Susu kambing adalah alternatif selain susu lembu yang boleh dipertimbangkan untuk Mama Papa beri kepada anak yang sering hadapi masalah sembelit. Susu kambing Wildan ini membekalkan nutrien penting untuk pertumbuhan dan kesihatan anak.
Ini membantu tumbesaran yang sihat dan sempurna serta menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada sebarang jangkitan penyakit. Susu kambing Wildan ini melancarkan proses penghadaman dan menggalakkan kecerdasan minda anak.
4) Frisolac Comfort
Susu bayi Frisolac Comfort satu lagi rumusan khas untuk bayi yang mempunyai masalah penghadaman ringan seperti muntah, sakit perut & sembelit.
Susu formula Frisolac Comfort juga mengandungi bahan khas seperti gam kacang carob, sejenis serat yang memekatkan susu ini dan membantu melegakan gejala muntah, sembelit dan kolik pada bayi.
Formula susu untuk bayi ini boleh digunakan untuk bayi yang menderita gejala-gejala di atas sejak lahir. Memang banyak khasiat minum susu kan? Dulu kita ingat minum susu ni hanya untuk tulang dan gigi je.
5) ENFALAC A+ Gentlease juga salah satu susu untuk bayi sembelit
- Kurang risiko bayi mual
- Bantu sistem pencernaan
- Susu rendah laktosa
Khusus dibuat untuk kanak-kanak yang mempunyai perut yang sensitif, susu Enfagrow A+ Gentlease ini memberi nutrien seimbang kepada kanak-kanak. Ia mengandungi kandungan DHA yang tinggi untuk mengekalkan tahap kesihatan terbaik setiap hari.
DHA adalah baik untuk perkembangan otak dan dengan menggunakan teknologi PHP (Protein Hydrolyzation Process) yang membantu mencernakan makan dengan mudah serta mengurangkan risiko sembelit.
Bila perlu berjumpa dengan doktor?
Jika anak Mama mengalami masalah susah membuang air besar dan beberapa simptom ini, Mama dinasihatkan untuk terus membawa bayi Mama berjumpa dengan doktor. Simptom-simptomnya adalah:
- Bayi tersebut muntah dengan kerap
- Perutnya membesar lebih daripada biasa
- Bayi tersebut berterusan menangis
- Bayi tersebut nampak keletihan dan lembik
- Tak mahu menyusu ataupun makan
Akhir sekali, Mama Papa harus ambil tahu tentang sembelit pada bayi dan jangan pernah tak endahkan. Takut nanti ia boleh membawa ke arah yang lebih parah. Jika tak pasti, terus bawa si manja berjumpa dengan doktor.
Semoga bermanfaat!
BACA JUGA 10 SUSU FORMULA TERBAIK UNTUK TUMBESARAN SI MANJA
Pesan Mama Siti
Bayi sembelit perkara biasa tapi kalau selalu sangat sembelit bahaya juga. Selain dari pemakanan, minum air kosong, pemilihan susu yang sesuai juga memainkan peranan penting. Apa-apa pun bergantung kepada keserasian susu tu kepada si manja juga. Ada bayi serasi, ada bayi tak serasi. Kena ‘try & error’.