Selalu kita guna baking soda dan cuka sebagai alat pencuci kan? Tapi pernah tak Mama kat luar sana gunakan buah Lemon sebagai alat pencuci? “Easy peasy lemon squeezy!”
#Fun Fact: Lemon ialah buah yang sangat bagus untuk menjadi alternatif alat pencuci yang selalu kita gunakan. Bau yang segar dan paling penting sangat murah! Mama Siti pun tak tahu yang Lemon sebenarnya boleh digunakan untuk mencuci sampai lah ternampak satu video ‘cleaning hacks’ di YouTube. Rupanya, memang biasa pun Lemon ni digunakan untuk mencuci barang-barang di rumah. Kita yang ketinggalan jauh daripada orang lain!
Kelebihan Lemon Sebagai Alat Pencuci:
- Jus buah lemon mempunyai asid yang berfungsi sebagai pembunuh bakteria
- Menghilangkan bau busuk
- Bahan semula jadi yang bagus sebagai ‘cleaning agent’
Selalu kita mesti fikir, Lemon ni sedap untuk dibuat air, letak dalam masakan je kan? Tapi Mama Siti nak kongsikan cara-cara buah Lemon boleh digunakan sebagai alat pencuci di rumah! Mommies, take note tau!
1) Membersihkan Ketuhar Gelombang Mikro
Mama mesti tahu betapa susahnya nak bersihkan kotoran di microwave kan? Kadang-kadang sental kuat pun tak hilang dan akhirnya mesti give up. Tapi, Mama mesti tak sangka betapa senangnya nak bersihkan kotoran degil menggunakan lemon! Haaa, macam mana tu? Mesti Mama tertanya-tanya kan?
Cara-Cara:
- Potong separuh buah lemon
- Picit dan keluarkan jus lemon dalam mangkuk yang diisikan dengan air
- Campurkan potongan lemon yang lebih dalam mangkuk sama
- Masukkan mangkuk berisikan jus lemon di dalam microwave
- Set masa microwave 3-5 minit dan suhu yang paling tinggi
- Setelah microwave berbunyi, biarkan ianya sejuk selama 5 minit
- Akhir sekali, keluarkan mangkuk lemon dan lap keseluruhan microwave dengan kain microfiber, dan dah siap!
Lemon akan membuang segala bau yang tak diingini dalam microwave dan tanggalkan segala kotoran degil. Mudah kan?
2) Mangkuk Tandas Bersinar!
Selalunya kita akan gunakan pencuci mangkuk tandas untuk hilangkan kotoran di tepi-tepi tandas kan? Tapi kali ni, Mama Siti nak kongsi cara menggunakan Lemon untuk membersihkan mangkuk tandas! Caranya mudah sahaja, apa yang Mama perlu buat?
Cara-Cara:
- Potong separuh buah lemon dan picitkan dalam mangkuk
- Letakkan sedikit garam di dalamnya
- Ambil berus toilet dan scrub atau gosok segala kotoran menggunakan air lemon tersebut
#ExtraTips, untuk bahagian yang kecil dan tersorok, gunakan berus gigi lama yang tidak digunakan dan gosok bahagian yang kecil dan mangkuk tandas akan bersinar dan bersih!
3) Cuci Kaca dan Gelas Dengan Buah Lemon
Nak bersihkan kaca dan gelas bukannya perkara mudah. Kadang-kadang, Mama Siti akan skip rutin ni tau! Ada juga tips menggunakan cuka, tapi bagi Mommies di luar sana yang tak tahan bau cuka, Mama Siti ada penyelesaiannya!
Cara-Cara:
- Picitkan 3 sudu besar jus lemon dalam botol spray
- Tambahkan secawan air di dalamnya
- Goncang sebati dan spray di cermin
- Kemudian, lap cermin dengan menggunakan kain microfiber, dan dah siap!
Jangan lupa, gunakan air jus ni dalam masa 1-2 minggu sahaja, kalau lama sangat nanti akan bertukar bau. Dan bau tu, sangat tak menyenangkan!
4) Membersihkan Papan Pemotong
Pernah tak papan pemotong Mama naik bau busuk walaupun dah dibersihkan? Selalunya, benda ini akan terjadi sebab pemotong tak dibersihkan secara mendalam. Ini yang Mama perlu buat!
Cara-Cara:
- Potong separuh buah lemon
- Picitkan buah jus buah lemon di atas papan pemotong
- Taburkan sedikit garam di atas papan pemotong
- Kemudian, gunakan buah lemon untuk menjadi alat scrub papan pemotong
- Biarkan selama 6 minit sebelum membasuh dengan air suam dan keringkan!
Mudah kan? Cara ni selamat untuk membersihkan papan secara semula jadi dan tak menggunakan bahan chemical yang membahayakan.
5) Buah Lemon boleh hilangkan Kotoran Kuning Di Baju!
Kotoran di ketiak selalu kuning? Haa, benda ni terjadi kerana peluh atau kesan deodorant. Dan, rasanya setiap Mama tahu betapa susahnya nak hilangkan kesan kuning ni. Jadi, macam mana kita nak hilangkan kuning di baju ni? Senang je!
Cara-Cara:
- Potong separuh buah lemon dan letakkan separuh air di dalam mangkuk
- Gunakan jus lemon dan air untuk menggosok atau scrub di bahagian yang kuning
Dan… itu je! Baju bersih dan kembali putih macam baju baru! Paling best sekali, baju wangi dan fresh sangat!
Wah, banyak kan kelebihan buah lemon sebagai alat pencuci ni kan? Kalau Mama nak jimat, dan suka menggunakan bahan semula jadi, buah lemon sememangnya bagus! Semakin bersihlah ya rumah Mama. Selamat mencuba, Mommies!
BACA JUGA ‘LAUNDRY HACKS’ YANG BIJAK & MUDAH UNTUK MAMA!
Pesan Mama Siti
Lepas ni tak payah lah nak beli macam-macam pencuci lagi. Guna je buah lemon untuk buang kotoran. Mudah dan jimat!