KelabMama

5 Aktiviti Menarik Untuk Anak-anak Autisme

kanak-kanak autisme

Foto Kredit: iStock

Mama pasti familiar dengan perkataan Autisme kan? Bagi Mama dan Papa yang mempunyai anak-anak autisme pasti dah tak asing lagi dengan topik ini. Biar Mama Siti kongsikan tentang apa itu autisme dulu dan apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai autisme. 

Kalau Mama nak tahu, autisme ini bukanlah sesuatu yang boleh dikategorikan dengan rupa-paras fizikal kanak-kanak, namun ianya ialah gangguan spektrum perkembangan minda seseorang. Seorang kanak-kanak yang autisme mengalami kekurangan dalam komunikasi, interaksi dan pengulangan tingkah laku yang terbatas.

Foto Kredit: Adobe Stock

Apa yang penting ialah, Mama boleh mengesan anak-anak yang menghadapi autisme ketika umurnya seawal 18 bulan hingga 3 tahun. Jadi Mama haruslah peka dalam mengawasi anak-anak di rumah dan segera dapatkan rawatan jika perlu ya?

Jadi, apakah aktiviti yang sesuai untuk anak-anak autisme? Mama kena ingat, anak-anak autisme ini bukanlah sama seperti anak-anak yang lain. Mereka memerlukan cara yang berbeza untuk melakukan aktiviti kerana tempoh fokus mereka amatlah pendek.

Mesti Mama risau kan bagaimana nak kendalikan aktiviti bagi anak-anak autisme ni? Jangan risau, Mama Siti akan sediakan senarai aktiviti yang sesuai dan kreatif yang boleh dibuat bersama anak-anak autisme bagi menarik minat mereka!

Senarai Aktiviti Menarik Bagi Anak-anak Autisme:

#1 Sensori Warna Menggunakan Botol Air

Kredit Foto: Plain Vanilla Mom

Antara aspek utama yang anak-anak autisme kurang ialah fokus! Macam mana kita ingin membuat mereka belajar dan fokus? Kunci utamanya ialah warna! Warna membuat mereka sentiasa tertarik untuk belajar, jadi sambil mengajar mereka untuk fokus, Mama akan dapat memberi pengetahuan tentang perbezaan warna.

Mama perlu sediakan beberapa botol dan isinya dengan air. Kemudian, ambil cat air atau pewarna makanan yang selamat untuk digunakan bagi kanak-kanak dan main bersama mereka! Anak-anak autisme akan tertarik dengan warna-warna tersebut jadi mereka akan fokus untuk belajar. It’s always try and error ok, Mama?

#2 Aktiviti Berenang di Kolam Renang

Kredit Foto: Aqua Mobile

Ya, Mama betul berenang! Fakta menarik tentang anak-anak autisme, mereka amatlah menyukai kolam renang kerana mereka amat sukakan air. Berenang akan dapat membantu merangsang sensori anak-anak ini dan ianya dapat membantu perkembangan fizikal mereka juga. 

Kalau boleh, Mama boleh juga jemput kanak-kanak yang lain untuk bergaul bersama mereka dan dengan itu mereka boleh mengembangkan skil komunikasi dan interaksi juga! Pastikan juga Mama awasi mereka supaya tak berlaku apa-apa kemalangan ya. 

#3 Belajar Bentuk Menggunakan Tanah Liat

Foto Kredit: iStock

Tanah liat yang selamat boleh dicari di mana-mana kedai alat tulis, jadi manfaatkannya kerana ia dapat membantu dalam progres dan pertumbuhan sensori anak-anak autisme. Mama perlu menggunakan tanah liat yang berwarna-warni dan membuat bentuk seperti segi-empat, tiga-segi, bulat dan sebagainya.

Pastikan mereka dapat mengikuti menguli bentuk-bentuk tersebut.Patience is key dalam pembelajaran bersama mereka. Jika mereka bosan, berhenti sebentar dan sambung kemudian dengan bentuk yang berbeza. 

#4 ‘Exploring the Senses’ bersama anak-anak Autisme

Foto Kredit: Kids Konnect

Sensori amatlah penting bagi pertumbuhan minda mereka supaya mereka dapat membezakan tekstur. Aktiviti ini amatlah menarik bagi mendidik kanak-kanak tentang tekstur. Mama perlu sediakan bahan-bahan seperti beras, foil aluminium, duit syiling, kertas pasir, garam dan banyak lagi. Aktiviti ini boleh dilakukan menggunakan bahan di rumah sahaja! 

Kumpulkan bahan-bahan tersebut dan biar anak-anak itu merasa tekstur tersebut. Pastikan Mama dapat menceritakan tentang perbezaan tekstur tersebut. Bahan tersebut semuanya terletak kepada kreativiti Mama supaya anak-anak autisme dapatlah merasakan perbezaan tekstur tersebut menggunakan jari mereka.

#5 ‘Smelling Station’

Foto Kredit: Adobe Stock

Aktiviti ini amatlah unik bagi anak-anak ini untuk mengenal pasti bau yang berbeza. Seperti yang kita tahu, deria bau juga tergolong dalam sensori utama kan Mama? Jadi untuk pembesaran mereka, aktiviti ini boleh mencetuskan idea mereka untuk membezakan bau-bau yang ada.

Apa yang Mama perlu lakukan? Sediakan 5 bahan yang mempunyai berbeza seperti bau manis, masam, hanyir, bau pudina, bau minyak wangi dan lain lain. Mungkin dengan aktiviti mereka akan lebih kenal akan bau yang unik dan berbeza!

Jadi itu ialah 5 aktiviti menarik bagi anak-anak autisme yang boleh dilakukan bagi membantu perkembangan minda mereka. Mereka ini ialah anak-anak yang unik, jadi akvitinya haruslah berbeza dan lebih kreatif! 

Semoga bermanfaat!

Pesan Mama Siti

Manfaatkanlah masa yang ada bersama anak-anak autisme ini kerana mereka amatlah memerlukan perhatian dan kesabaran yang tinggi daripada kita sebagai ibu bapa. Jika bukan kita yang bersama mereka disaat-saat ini siapa lagi kan?