KelabMama

4 Aktiviti ‘DIY’ Yang Boleh Dibuat Bersama Si Manja

Mama, tak bosan ke duduk dekat rumah masa PKPB ni? Terutamanya bila dah tak ada aktiviti yang nak buat, boleh jadi runsing kan? Jangan risau, DIY je! Mama Siti ada banyak idea yang nak dikongsikan kali ini. Mama, take note sekarang! 

“DIY tu apa?”

‘DIY’ ni ialah project Do It Yourself. Maksudnya, aktiviti ini boleh dilakukan sendiri di rumah dan bersama-sama keluarga. Nak tahu kelebihan DIY bersama anak-anak?

Jadi, itu ialah antara kelebihan boleh membantu perkembangan anak-anak, tapi yang paling penting DIY ni boleh merapatkan hubungan keluarga serta tingkatkan komunikasi. Yelah, kadang-kadang duduk di rumah ni boleh buat kita semakin rapat atau semakin jauh daripada keluarga. Perlulah ada aktiviti yang boleh merapatkan hubungan keluarga supaya lebih erat. 

Mama mesti perasan si manja selalu sangat main Ipad? Tengok YouTube? Sebenarnya, tiada masalah untuk si manja luangkan masa begitu, tapi kalau lama sangat, minda mereka tak akan berkembang sebab kanak-kanak perlukan aktiviti ‘hands on’ untuk meningkatkan sel-sel otak berhubung mereka!

Mama juga tak perlu risau tentang kos DIY ni. Selalunya aktiviti DIY ini t ak memerlukan untuk keluarkan duit yang banyak jadi Mama boleh jimat! Boleh kata, berpatutan kosnya. Ada juga DIY yang hanya perlu gunakan barang di dalam rumah atau barang-barang terpakai.

5 Aktiviti DIY Yang Mama Perlu Cuba Bersama Si Manja!

1) ‘Kotak Tisu Monster’

Kredit Foto: The Best Ideas For Kids

Mama mesti ada kotak tisu kosong dekat rumah kan? Selalu kotak tisu tu lepas dah habis tisu kita buang je kan. Apa kata dari buang tu Mama cuba DIY. Aktiviti DIY ini sangat bagus untuk buat bersama anak-anak dan terutamanya, recycle! Tak perlu pun ikut design ‘monster’ ni, Mama boleh cuba tanya anak-anak, watak kartun yang mereka suka. Jadi, Mama perlu sediakan:

Bahan-Bahan:

Cara-Cara:

Dan, dah siap! Senang kan? Tak perlu lama-lama dan tak perlu bahan yang banyak. Simple je dan kotak tisu ini boleh jadi hiasan dalam bilik anak-anak Mama. Yang penting, si manja akan suka.

2) Kertas Kipas

Kredit Foto: Pinterest
Kredit Foto: U Can Do Stuff

Mama ingat tak dulu masa sekolah kita ada buat DIY kertas kipas? Kalau Mama pernah buat, Mama mesti tahu betapa ‘fun’ dan senang nak buat kertas kipas ni. Apa yang Mama perlu?

Bahan-Bahan:

Empat bahan je? Betul, empat bahan je untuk projek DIY ni! Jadi, cara-caranya ialah begini:

Cara-Cara:

Dah siap kipas kertas DIY! Mama Siti pasti, DIY ini akan diulang-ulang oleh si manja sebab mereka boleh tingkatkan kreativiti mereka dengan melukis dan mereka corak kipas tersendiri.

3) Kanvas Kasut

Kredit Foto: Glue Stick Blog

Aktiviti yang seterusnya ni sesuai untuk anak-anak yang suka mewarna! Warning: aktiviti ni akan jadi sangat comot dan bersepah, jadi Mama kena bersedia ya! Ya, aktiviti ni sangatlah menyeronokkan bagi si manja dan juga mak-mak ya. Kalau Mama nak tahu, aktiviti DIY kanvas kasut ni boleh dijadikan bisnes tau? Jangan main-main, kalau anak mama berbakat dalam mewarna dan melukis kasut, ini boleh memberi ruang untuk si manja practice. Ini bahan yang diperlukan:

Bahan-Bahan:

Sekarang, Mama dah ada barang-barang ini, let your kids do the art! Mama boleh tunjukkan contoh dengan melukis corak bunga atas kasut, atau apa-apa corak mengikut kreativiti anak-anak. Projek DIY ini akan memerlukan masa yang lama untuk melukis dan mewarna tapi jangan risau, hasilnya akan berbaloi!

4) DIY Origami!

Kredit Foto: Easy Peasy And Fun

Ini ialah aktiviti DIY klasik dan famous! Mesti pernah dengar kan apa itu Origami? Mama Siti pun baru belajar aktiviti ini dengan si manja baru baru ni dan percayalah mereka sangat sukakan Origami! 

Origami ni ialah projek seni melipat kertas dan menjadikannya dalam bentuk-bentuk seperti haiwan, bunga dan sebagainya! Jangan risau, Mama akan kongsikan cara yang mudah untuk membuat Origami bersama si manja dengan menggunakan template yang Mama boleh download dan ikut je arahan dan nombor sebagai panduan untuk melipat kertas!

Kredit Foto: Super Coloring

Projek ni juga boleh mengajar si manja untuk bersabar kerana hasil seni itu akan berbaloi, percayalah! Mama Siti akan kongsikan contoh template ini dan Mama boleh cuba di rumah ya.

Ada juga kawan Mama Siti yang discover yang anaknya berbakat dalam bidang seni bila melakukan aktiviti DIY ni. Jadi, Mama perlulah bantu anak-anak untuk lebih kreatif dan berinovasi ketika duduk di rumah ni. Percayalah, mereka akan lebih seronok sebab projek DIY ni memerlukan mereka untuk menggunakan bahan-bahan di rumah dan ini lah masa untuk mereka buat sepah kan hehe. Jangan lupa untuk kemas semua bahan-bahan tau! Selamat mencuba, Mommies!

BACA JUGA ELAK MAINAN ANAK BERSEPAH DENGAN 5 TIPS INI!

Pesan Mama Siti

Pesan Mama Siti untuk Mama di luar sana, jangan putus asa untuk ajar anak untuk menjadi kreatif. Kalau Mama tak tunjukkan contoh, dimana lagi mereka nak belajar kan? Lagi-lagi sekarang mereka perlukan tumpuan Mama sebab berada di rumah.