KelabMama

Makanan Tambah Susu Badan – Mesti Cuba!

Foto kredit: Adobe Stock

Bagi Mama yang masih menyusu badan, aspek utama yang harus dijaga adalah diet kita kerana ia bukan je mempengaruhi jumlah dan kualiti susu badan yang dihasilkan, tapi juga mempengaruhi pemulihan Mama selepas melahirkan anak. Sebab itu Mama perlukan makanan tambah susu badan.

Memang penting untuk kita merancang diet selepas bersalin supaya kita dapat seimbangkan keperluan pemakanan disamping mengamalkan makanan sihat yang boleh meningkatkan bekalan susu badan.

Berikutnya adahlah 20 Makanan Tambah Susu Badan (milk booster)

1) Biji Halba (Fenugreek)

Foto kredit: Adobe Stock

Biji Halba atau dikenali sebagai fenugreek telah digunakan selama beberapa generasi di seluruh dunia sebagai makanan tambah susu badan. Ia kaya dengan asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan otak si manja Mama. 

Mama juga boleh menggunakan daun fenugreek kerana ia juga kaya dengan nutrien seperti beta-karoten, Vitamin B, kalsium, dan zat besi. 

Mudah je, hanya tambahkan Biji Fenugreek ke dalam teh sambil atau boleh digunakan dalam hidangan makanan. Biji tersebut juga boleh ditambahkan ke atas roti mahupun puri.

2) Biji Adas

Foto kredit: Adobe Stock

Selain digunakan untuk meningkatkan bekalan susu, biji adas juga digunakan untuk mengurangkan gas dan kolik. Manfaat biji ini akan diturunkan kepada bayi melalui susu badan Mama.

Mama hanya perlu merendam satu senduk teh biji adas dalam segelas air semalaman dan meminumnya pada waktu pagi atau dibrew dalam teh Mama.

3) Bawang putih

Foto kredit: Adobe Stock

Bawang putih terkenal untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh, mencegah penyakit jantung dan mempunyai sifat penyembuhan. Ia bukan je dapat membantu meningkatkan bekalan susu badan Mama tapi bawang putih juga dapat mempengaruhi rasa dan bau susu badan. Oleh itu, ia mesti diamalkan secara sederhana.

4) Sayur-sayuran hijau

Foto kredit: Adobe Stock

Sayuran berdaun seperti bayam, kangkung, daun fenugreek serta sawi adalah sumber mineral yang hebat seperti zat besi, kalsium dan folat. Sayuran ini mempunyai banyak vitamin dan dianggap dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu badan.

Jangan lupa untuk memasukkan sekurang-kurangnya satu bahagian sayur-sayuran berdaun hijau dalam diet Mama setiap hari.

5) Biji Jintan juga antara makanan tambah susu badan

Foto kredit: Adobe Stock

Biji jintan diketahui umum dapat membantu pencernaan, melegakan sembelit, keasidan dan kembung serta membantu penyusuan. Ia juga dilengkapi dengan vitamin dan kalsium.

Gunakan biji ini dalam salad atau rendam dalam air semalaman dan minum airnya untuk mendapatkan faedahnya.

6) Bijan

Foto kredit: Adobe Stock

Bila memikirkan apa yang perlu diamalkan untuk menambah susu badan, banyak orang mengesyorkan pengambilan biji bijan. Biji ini adalah sumber kalsium bukan tenusu yang sangat baik, yang sangat penting untuk pertumbuhan si manja Mama.

Selepas bersalin, Mama juga memerlukan kalsium untuk pemulihan yang sepenuhnya dan berkesan. Mama boleh menggunakan biji bijan dalam masakan harian atau membuat hidangan manis dengannya.

7) Lobak

Foto kredit: Adobe Stock

Lobak memberikan manfaat hebat untuk Mama sebagai makanan tambah susu badan dan kaya dengan Vitamin A yang juga meningkatkan kualiti pengeluaran susu. Makan lobak mentah dalam bentuk salad atau jus dan minum secawan pada waktu pagi bersama sarapan Mama.

Lobak boleh didapati di mana je di seluruh dunia dan merupakan salah satu makanan terbaik untuk memperbaiki kualiti penyusuan.

8) Barli

Foto kredit: Adobe Stock

Barli meningkatkan penyusuan dan membuat Mama sentiasa terhidrat. Mama boleh memasukkan biji barli ke dalam salad atau merendamnya dalam air panas semalaman dan kemudian minum air tersebut pada keesokan harinya.

9) Ikan Salmon juga antara makanan tambah susu badan

Foto kredit: Adobe Stock

Sekiranya Mama penggemar ikan salmon yang segar, maka Mama harus menambahkannya ke dalam diet Mama kerana ia antara makanan tambah susu badan.

Ia kaya dengan asid lemak omega-3 dan asid lemak penting atau EFA, yang dikatakan dapat membantu penyusuan. Ia menjadikan susu yang dihasilkan lebih berkhasiat. Mama boleh makan salmon dengan pelbagai cara – kukus, panggang atau goreng.

10) Peria 

Foto kredit: Adobe Stock

Sayur ini sangat berkhasiat. Ia mempunyai kandungan air yang tinggi yang akan membuatkan Mama sentiasa terhidrasi. Ia mudah dicerna dan juga boleh diamalkan sebagai makanan tambah susu badan Mama. Walaupun Mama mungkin tak menyukai rasanya yang pahit, Mama boleh mencari cara untuk menjadikannya lebih enak.

11) Keledek juga merupakan makanan tambah susu badan

Foto kredit: Adobe Stock

Ubi keledek kaya dengan karbohidrat yang penting untuk memberi tenaga kepada Mama. Ia kaya dengan Vitamin C, B-complex, dan magnesium. Mama boleh memasak ubi keledek dengan pelbagai cara, sama ada rebus atau masukkan dalam hidangan.

12) Tauhu

Foto kredit: Adobe Stock

Tauhu adalah ‘superfood’ yang penuh dengan mineral, vitamin, kalsium, dan banyak protein. Ia biasa digunakan di Asia Timur untuk membantu meningkatkan penyusuan.

Tauhu, lentil, dan sayuran berdaun hijau yang dimasak secara tumis akan memastikan Mama mempunyai makanan yang seimbang dan mesra penyusuan yang juga akan menjadikan anda sangat cergas dan sihat.

13) Buah tembikai

Foto kredit: Adobe Stock

Tembikai kaya dengan fruktosa, serat dan tentu saja air. Ini akan membuatkan badan terhidrasi dan membantu mengekalkan serta meningkatkan bekalan susu badan Mama.

Sentiasa minum air dan makan makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai dapat membantu Mama yang mengalami masalah penyusuan susu badan sebagai makanan tambah susu badan.

14) Grapefruit juga antara makanan tambah susu badan

Foto kredit: Adobe Stock

Buah grapefruit dianggap sebagai buah mega kerana ia kaya dengan Vitamin C dan Vitamin A, asid sitrik, fruktosa serta serat makanan penting.

Buah ini dianggap sebagai salah satu makanan tambahan yang paling sihat yang boleh diamalkan untuk diet terutama Mama yang masih menyusu badan dan ingin memperbaiki penyusuan.

15) Daun kari

Foto kredit: Adobe Stock

Daun kari sering digunakan dalam beberapa hidangan masakan India. Ini kerana daun lazat ini diketahui dapat meningkatkan melanin, membantu meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan keupayaan tubuh kita untuk memecahkan nutrien.

Ia juga kaya dengan mineral yang dapat membantu mama menyusu meningkatkan pengeluaran laktasi.

16) Lentil

Foto kredit: Adobe Stock

Lentil adalah bahan yang biasa digunakan di seluruh dunia kerana mengandungi banyak mineral, vitamin dan protein di dalamnya. 

Hidangan yang mengandungi lentil bukan saja sihat tapi juga membantu meningkatkan pengeluaran susu badan kita.

17) Ubi bit merah (Beetroot)

Foto kredit: Adobe Stock

Ubi bit merah bukan hanya berkhasiat tapi ia juga kaya dengan serat serta mineral dan juga sebagai pembersih darah. Secara teorinya, ubi bit merah juga membantu meningkatkan susu badan serta memberi manfaat kepada bayi Mama.

18) Susu salah satu makanan tambah susu badan

Foto kredit: Adobe Stock

Susu secara semula jadi mengandungi asid folik, kalsium, dan lemak sihat yang bukan hanya membantu pengeluaran susu tetapi memastikan susu seimbang dari segi nutrisi untuk si manja Mama. Pastikan Mama minum segelas susu dua kali sehari untuk menjamin peningkatan pengeluaran susu badan.

19) Kacang kuda (chickpea)

Foto kredit: Adobe Stock

Kacang kuda antara makanan yang kaya dengan protein dan serat. Ia boleh dianggap sihat bagi sesiapa je dan dengan adanya Vitamin B dan kalsium dalam kacang kuda ini juga dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu badan.

20) Buah Aprikot juga makanan tambah susu badan

Foto kredit: Adobe Stock

Aprikot sangat baik untuk membantu menstabilkan ketidakseimbangan hormon dan harus dimakan sebelum dan selepas bersalin. Ia juga antara makanan tambah susu badan dan juga kaya dengan kalsium dan serat. Tambahkan aprikot di dalam sarapan Mama untuk permulaan yang berkhasiat.

Itulah antara makanan tambah susu badan yang boleh Mama amalkan untuk menambah kuantiti serta kualiti susu badan. Sekiranya Mama masih mempunyai masalah dengan pengeluaran susu badan, Mama dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar kesihatan Mama.

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA 5 PANDUAN & CARA SIMPAN SUSU BADAN YANG BETUL

Pesan Mama Siti

Lain orang lain keserasiannya tapi selagi kita boleh cuba, cubalah! Jangan mudah putus asa bila kuantiti susu semakin berkurang. Kena selalu berfikiran positif dan terus berusaha untuk meningkatkan kuantiti serta kualiti susu badan Mama demi si manja.