KelabMama

18 Biskut Raya Popular – Ini Koleksi Resepinya!

Kuih Raya

Bila dah masuk bulan Ramadhan ni pasti ada yang dah mula buat biskut raya. Mama plan nak buat biskut raya apa tahun ni? Hari ini Mama Siti nak kongsikan koleksi resepi biskut raya popular, yang wajib ada lah dekat rumah kita semua kan. Lepas tengok resepi ini, boleh la buat biskut raya dengan anak-anak. Boleh eratkan lagi hubungan kekeluargaan!

“Mama Siti, kitorang malas, order online je”

“Saya pulak tak reti nak buat, oven pun takde, order jelah”

Bila lagi kan nak buat biskut raya sendiri. Alang-alang dah tak boleh balik kampung ni, gunakan lah masa ini dengan mencuba resepi biskut raya popular ini. Mana tahu Mama semua memang berbakat besar dalam baking skills ni. Bagi Mama yang takde oven tu, takpelah. Cuba lain kali okay. Jangan paksa Papa belikan pulak – hahahah!

Resepi Biskut Raya Popular

1. Biskut Samperit

Bahan-bahannya:

Cara-caranya:

  1. Pukul mentega bersama gula hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Teruskan pukul sehingga kembang.
  3. Masukkan semua tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan samperit dan terapkan diatas loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Hiaskan dengan ceri merah.
  5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150 darjah Celcius selama 10 minit.
  6. Biarkan biskut sejuk seketika dan sedia untuk dinikmati.

2. Biskut Raya Makmur

Bahan-bahannya:

Bahan inti:

Cara-caranya:

  1. Untuk inti, campurkan kacang tanah bersama mentega dan gula halus. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Campur mentega bersama minyak sapi dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan telur, tepung dan gula halus. Uli adunan sehingga rata.
  4. Ambil satu sudu teh adunan dan masukkan inti. Bentukkan menjadi bentuk bujur dan susun di atas dulang pembakar.
  5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius selama 20 minit atau sehingga masak.
  6. Angkat biskut dan salutkan dengan gula ising secukupnya.

3. Biskut Telur Rebus

Credit: Mas Duniaku

Bahan-bahannya:

Cara-caranya:

  1. Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kuning telur yang telah dilecek. Pukul sehingga rata.
  2. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Cana doh tadi dan terap menggunakan acuan yang digemari. Susun di dalam loyang yang telah disapu mentega.
  4. Sapukan kuning telur di atas biskut dan tabur gula berwarna secukupnya.
  5. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 15-20 minit.

4. Almond London

Bahan-bahannya:

Bahan Salutan:

Cara-caranya:

  1. Ayak tepung gandum dengan emplex, ketepikan seketika.
  2. Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati dan masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
  4. Ambik sedikit doh dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang langkah sehingga habis adunan.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius dan bakar biskut selama 20-25 minit.
  6. Untuk menyalut, panaskan coklat dengan menggunakan teknik double boiled. Kemudian masukkan lemak sayuran, kacau sebati.
  7. Ambil biskut yang telah sejuk dan celupkan ke dalam coklat masakan. Kemudian masukkan dalam cawan kertas.
  8. Sudukan sedikit coklat ke dalam cawan kertas tadi dan taburkan badam cincang dengan secukupnya. Biarkan coklat mengeras dan sedia untuk dinikmati.

Info: Coklat perlu dipotong kecil sebelum dicairkan. Boleh juga cairkan guna microwave kalau taknak guna double boiled.

5. Tat Nanas Teratai

Bahan-bahannya:

Cara-caranya:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk adunan diikuti mentega dan minyak sapi. Gaul hingga sebati menggunakan pemukul tangan.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.
  3. Terapkan adunan dan bentukkan tat mengikut kesesuaian dan citarasa anda.
  4. Sudukan inti nanas ditengah-tengah biskut dengan secukupnya.
  5. Panaskan ketuhar pada 170-180 darjah Celcius dan bakar sehingga 20-25 minit atau sehingga masak.

6. Batang Buruk

Credit: Rasa

Bahan-bahannya:

Cara-caranya:

  1. Panaskan santan hingga mendidih, tutup api dan sejukkan seketika.
  2. Campurkan tepung kacang hijau bersama gula ising, ketepikan.
  3. Gaulkan tepung gandum dan tepung beras bersama santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli hingga menjadi adunan yang sebati.
  4. Canai nipis adunan tadi dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. Gulung dan biarkan bahagian tengahnya berlubang.
  5. Potong kecil adunan yang digulung tadi dan goreng sehingga garing.
  6. Angkat dan toskan minyak. Isikan bahagian tengah tadi dengan campuran tepung kacang hijau dan gula ising. Ulang sehingga adunan habis.
  7. Sedia untuk dinikmati.

7. Biskut Aiskrim

Credit: Rasa

Bahan-bahannya: 

Cara-caranya:

  1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang. 
  2. Kemudian campurkan kesemua tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaulkan sehingga menjadi doh. 
  3. Canai doh dan terap menggunakan acuan berbentuk aiskrim. 
  4. Susun kepingan doh yang telah diterap tadi diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatasnya dan bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 20 minit atau sehingga masak. 
  5. Sejukkan biskut seketika dan kemudian celup hujung biskut ke dalam coklat yang dicairkan. 
  6. Taburkan gula manik berwarna secukupnya. Sedia untuk dinikmati.

8. Mama Carey

Credit: Mingguan Wanita

Bahan-bahannya:

Bahan ising:

Cara-caranya:

  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati. 
  2. Masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul sehingga kembang. 
  3. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh lembut dan tak lekat di tangan. 
  4. Masukkan doh ke dalam plastik kedap udara dan simpan dalam peti sejuk selama 15 minit. 
  5. Keluarkan doh dan canaikan, terapkan doh menggunakan acuan pilihan anda.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150 darjah Celcius selama 10 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk. 
  7. Untuk ising, pukul putih telur sehingga kembang. 
  8. Kemudian masukkan gula ising dan tepung jagung. Pukul lagi menggunakan kelajuan maksimum sehingga adunan menjadi likat. 
  9. Masukkan bancuhan ke dalam piping bag dan paipkan diatas biskut tadi. Hiaskan mengikut kreativiti anda. 
  10. Masukkan kembali biskut ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 150 darjah Celcius selama 10 minit. 

9. Biskut Raya Cornflakes

Bahan-bahannya:

Cara-caranya:

  1. Pukul mentega bersama gula hingga rata.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis, kemudian masukkan ke dalam adunan dan gaul rata.
  4. Dengan gunakan sudu teh, ceduk adunan menjadi ketulan kecil dan salutkan dengan cornflakes yang diramas kasar. Susun dalam dulang pembakar.
  5. Panaskan ketuhan pada suhu 180 darjah Celcius dan bakar biskut selama 12-15 minit atau hingga kuning keemasan.
  6. Biarkan sejuk seketika dan bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

10. Biskut Raya Sarang Semut

Credit: Bidadari.My

Bahan-bahannya:

Cara-caranya:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gula hancur. 
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sekejap kemudian matikan mixer. 
  3. Masukkan pewarna kuning, susu tepung dan tepung kastard dan kacau rata. 
  4. Masukkan tepung jagung dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil uli hingga doh menjadi doh yang cantik dan tak melekat di tangan. 
  5. Doh boleh terus diparut atau balut dengan plastik dan simpan dalam peti ais selama 20 minit sebelum diparut. 
  6. Masukkan parutan doh tadi ke dalam cawan kertas dan hias dengan coklat urai berwarna. 
  7. Panaskan ketuhar dan bakar selama 20 minit pada suhu 160 darjah Celcius.

11. Biskut Raya Nestum

Bahan-bahannya: 

Cara-caranya:

  1. Pukul mentega, gula dan air sejuk hingga sebati kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati atau nampak warna kuning keputihan. 
  2. Masukkan tepung jagung, nestum, yang diramas sikit dan tepung gandum cap ros. Tepung gandum dimasukkan sedikit demi sedikit hingga doh boleh diuli dan tidak melekat pada tangan. 
  3. Canai dan terap menggunakan acuan pilihan anda, sapu telur diatasnya dan taburkan nestum. 
  4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 darjah Celcius selama 20-25 minit atau bergantung pada oven masing-masing. 

Info: Panaskan oven selama 20 minit dengan suhu 170 darjah Celcius kemudian semasa membakar turunkan kepada 160 darjah Celcius.

12. Tat Nanas Keju

Credit: Resepi Bonda

Bahan-bahannya:

Bahan untuk Egg Wash: (Digaul rata)

Bahan untuk tabur:

Bahan inti nenas:

Cara-caranya:

  1. Inti: Masak nanas sampai air meresap. Masukkan gula pasir, garam cengkih dan kayu manis. Masak lagi sambil kacay hingga kering. Tambahkan keju parut dan jus lemon. Gaul rata.
  1. Kulit: Pukul mentega, marjerin, gula ising selama 30 saat. Masukkan kuning telur dan pukul rata. 
  2. Tambahkan semua tepung dah gaul rata. Kemudian tambahkan keju parut dan gaul rata.
  3. Ambil adunan kulit sebesar hujung ibu jari, bulatkan dan leperkan. Letak inti nanas dan bulatkan semula. 
  4. Letakkan di atas loyang yang sudah digris dgn marjerin atau alas dengan baking paper. 
  5. Bakar tat pada suhu 150  darjah Celcius guna api bawah selama 25 minit sampai setengah masak. 
  6. Keluarkan tat dari oven, biarkan suam. Oleskan dengan kuning telur dan tabur keju parut. 
  7. Bakar semula tat pada suhu 150  darjah Celcius selamat 20 minit sampai masak.

13. Cornflakes Madu

Bahan-bahannya:

Cara-caranya:

  1. Cairkan buttercup dengan gula perang dalam kuali. Bila dah cair, tutup api. 
  2. Masukkan madu dan kacau rata. 
  3. Masukkan cornflakes, gaul hingga rata dan bersalut. Jika nak tambah buah-buahan kering atau hirisan badam pun boleh. Pastikan badam dibakar terlebih dahulu. 
  4. Sudukan campuran cornflakes tadi ke dalam cawan kertas. 
  5. Hias ikut kreativiti dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah Celcius selama 10 minit. 
  6. Sedia untuk dinikmati. 

14. Semperit Susu

Credit: Air Tangan Reen Khan

Bahan-bahannya:

Cara-caranya:

  1. Satukan semua bahan diatas dan kacau dengan senduk.
  2. Kemudian masukkan tepung kastard, kacau rata.
  3. Masukkan tepung jagung dan uli hingga sebati. Adunan mestilah agak lembut. Jika keras, tambah mentega secukupnya. 
  4. Terap adunan dan biarkan 20 minit sebelum dibakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 20-25 minit. Gunakan api atas dan bawah. 

15. Tat Nanas Gulung

Bahan-bahannya:

Hiasan: 

Cara-caranya:

  1. Satukan mentega, gula ising, minyak sapi dan esen vanilla. Sebatikan. 
  2. Kemudian masukkan telur dan pewarna kuning, kacau rata.
  3. Masukkan tepung sikit demi sikit sambil diuli hingga jadi doh. 
  4. Kemudian terapkan doh dengan acuan yang disukai. Biarkan doh selama sejam baru sapu kuning telur. 
  5. Bakar pada suhu 160-170 darjah Celcius selama 20-25 minit. Masa mungkin berbeza mengikut oven masing-masing.

16. Biskut Raya Badam Salji

Credit: Rasa

Bahan-bahannya: 

Bahan A:

Bahan B:

Cara-caranya:

  1. Pukul semua bahan A hingga berkrim dan gebu.
  2. Masukkan bahan B dan kacau hingga jadi doh. 
  3. Canaikan doh dan bentukkan adunan menjadi bulat-bulat. 
  4. Bakar pada suhu 150 darjah Celcius selama 30 minit.
  5. Sejukkan biskut dan celupkan dalam coklat masakan yang telah dicairkan. 
  6. Akhir sekali, golekkan ke dalam serbuk roti dan biarkan sejuk.

17. Almond Rocher

Credit: Rasa

Bahan-bahannya:

Cara-caranya:

  1. Cairkan coklat dengan teknik double-boiled.
  2. Masukkan badam yang dipanggang ke dalam coklat masakan, kacau hingga sebati.
  3. Sudukan ke dalam cawan kertas dan biarkan sejuk.

Info: Badam perlu dipanggang hingga masak dan rangup sebelum digaul dengan coklat masakan. 

18. Biskut Raya Choc Chips Cornflakes

Credit: Cahaya Hidupku

Bahan-bahannya:

Bahan A:

(Pukul semua bahan A selama 2-3 minit)

Bahan B:

(Satukan semua bahan B)

Bahan C: 

Cara-caranya:

  1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A yang telah dipukul tadi. Gaulkan hingga rata gunakan senduk. 
  2. Masukkan semua bahan C dan gaul rata. (Adunan memang lembik)
  3. Dengan menggunakan sudu plastik, sudukan sebesar duit syiling 20sen ke dalam tray.
  4. Hiaskan dengan coklat chip dan almond flakes (hirisan badam). 
  5. Bakar selama 20-25 minit atau hingga masak pada suhu 180 darjah Celcius, gunakan api atas dan bawah. 

Haaa, banyakkan resepi biskut raya popular ni! Terliur dibuatnya resepi biskut-biskut raya masa tengah puasa ni haha. Bagi yang nak buat biskut raya sendiri tu dah bolehlah prepare bahan-bahannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Rasa.My 

BACA LAGI IDEA RESEPI MENARIK UNTUK MAMA CUBA

Pesan Mama Siti

Walaupun Aidilfitri kali ini agak berbeza namun kenikmatan dan hikmahnya masih sama seperti sebelum ini. Selamat menyambut lebaran Mama Siti ucapkan kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Bersederhanalah dan ingat jaga social distancing dan patuh setiap SOP sepanjang PKPB.