KelabMama

10 Malam Terakhir di Bulan Ramadan, Checklist 101: Edisi Khas Kelab Mama

Sedar atau tidak bulan Ramadan sudah sampai ke penghujung nya. Sebentar lagi kita akan menyambut bulan Syawal pula. Sdah pasti setiap daripada kita mengharapkan untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

Seperti yang Mama Papa tahu malam Lailatul Qadar itu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Allah telah menjanjikan banyak kelebihan dijanjikan kepada yang mencari keredaaNya

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27. 

(Hadis riwayat Ahmad)

Amalan 10 Malam Terakhir di Ramadan

Ini juga antara amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika berada di 10 malam terakhir bulan Ramadan.

1. Membaca al-Quran

Pelbagai kelebihan yang akan Mama Papa perolehi apabila membaca al-Quran dalam bulan Ramadan.

Tetapi bukan sahaja membacanya semata-mata. Mama Papa digalakkan untuk memahami juga maksud terjemahannya.

Apabila kita faham akan terjemahannya kita akan lebih memahami mesej yang hendak disampaikan oleh Allah SWT kepada kita.

2. Qiamullail

Qiamullail atau berjaga pada tengah malam untuk solat merupakan ibadah yang sangat di tuntut untuk dilakukan pada 10 ramadan yang terakhir.

Hendaklah kamu berqiamullail (bertahajjud) kerana ia merupakan perjalanan orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya qiamullail mendekatkan kamu kepada Allah, menghalang melakukan dosa, kifarah di atas kejahatan dan mencegah penyakit daripada badan.

[Riwayat Tirmizi]

Antara solat yang boleh dilakukan ketika berqiamullail ialah solat terawih, tahajjud, hajat, tasbih, taubat dan witir.

Jadi, sebelum sahur boleh lah Mama Papa bangun awal untuk lakukan qiamullail ini.

3. Memperbanyakkan doa

Doa merupakan kunci kepada semua ibadah. Dalam bulan Ramadan pula sangat lah sesuai untuk kita semua berdoa. Mama Papa tau kan kalau berdoa dalam bulan ramadan ni sangat lah mustajab dan pasti doa Mama Papa akan dikabulkan oleh Allah SWT.

Waktu yang mustajab untuk Mama Papa berdoa dalam bulan Ramadan:

Perbanyakkan lah Mama Papa berdoa lagi-lagi 10 malam terakhir ini. Kerana kita tahu bila malam Lailatul Qadar akan tiba.

4. Bersedekah

Pahala bersedekah seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT sangat banyak sehinggakan boleh mencapai sebanyak 700 kali ganda. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan dan pada juga malam Lailatul Qadar.

Mama Papa sedekah itu tidak semesti nya dalam bentuk wang sahaja ye. Dalam bentuk makanan pun dikira sedekah juga. Lagi-lagi kalau Mama Papa sedekahkan makanan kepada orang-orang yang berpuasa.

Dan ganjaran bayangkan ganjaran yang diberikan pula adalah begitu besar nikmatnya tidak setanding dengan apa yang Mama Papa sedekahkan. Besar kan ganjaran yang Mama Papa akan peroleh?

Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Ni Mama Siti nak bagitau Mama Papa boleh je serahkan sedekah yang Mama Papa nak berikan kepada JKK masjid nanti mereka tahulah macam mana nak salurkan sedekah Mama Papa.

5. Melakukan Iktikaf di Masjid

Kredit Gambar: Have Halal Will Travel

Iktikaf bermaksud Mama Papa stay dalam masjid dengan tujuan untuk mendekatkan diri Mama Papa kepada Allah SWT.

Amalan ini akan dilakukan oleh Rasulullah SAW terutamanya ketika berada di sepuluh malam terakhir bulan Ramadan. Ada dijelaskan dalam hadis:

“Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.”

(Hadis Riwayat Muttafakun ‘alaih) 

Selama kita beriktikaf didalam masjid, kita boleh melakukan beberapa perkara seperti berdoa, berzikir, berselawat dan membaca al-Quran.

Baki 10 malam terakhir di bulan Ramadan ini marilah kita sam-sama melakukan amal ibadah. Mama Papa lakukanlah sebanyak yang mungkin amalan supaya mendapat ganjaran yang istimewa di bulan Ramadan ini.


Dapatkan lebih banyak info di SINI.