KelabMama

10 Fakta Anak Bongsu Yang Sangat Istimewa!

Foto Kredit: Adobe Stock

Ramai sedia maklum, anak bongsu ni anak yang paling dimanjai, disayangi. Mungkin kalau kita tanya mana-mana anak sulong pasti mereka juga akan mengatakan benda yang sama terutamanya dari segi layanan ibu bapa kepada si bongsu. Adakah ini fakta anak bongsu atau gelaran semata?

Bagi ibu bapa, kasih sayang mereka pada anak tak kiralah anak sulung mahupun anak bongsu semua sama je. Tak ada yang kurang, tak ada yang lebih. Mungkin kerana anak bongsu anak yang paling muda, paling kecil sebab itu perhatian lebih diberikan kepada mereka. Tapi tak semua anak bongsu begitu. Ini 11 fakta anak bongsu yang perlu kita tahu sebelum melabelkan mereka ‘anak manja’!

10 Fakta Anak Bongsu Yang Perlu Kita Tahu

1) Mereka lebih kreatif

Foto Kredit: Adobe Stock

Kajian oleh CareerBuilder mendapati anak-anak bongsu dalam keluarga cenderung memilih kerjaya seperti seni / reka bentuk / seni bina, penyuntingan / penulisan, teknologi maklumat, atau penjualan. Wah, anak bongsu ni rupanya tergolong dalam kalangan orang-orang kreatif!

2) Mereka kurang dikenakan tindakan disiplin oleh ibubapa

Foto Kredit: Adobe Stock

Kajian mendapati bahawa ibu bapa tak meletakkan peraturan yang ketat kepada anak bongsu. Bagi yang bukan anak bongsu tu jangan sedih pula bila baca benda ni. Memang dah menjadi tradisi anak bongsu memang tak boleh disentuh kan? Kalau tak nanti nangis siapa nak pujuk? Hehehe..

3) Keras kepala antara fakta anak bongsu

Foto Kredit: Adobe Stock

Anak bongsu ni mempunyai pendirian yang lebih tinggi daripada Gunung Everest! Jadi, jangan sesekali cuba mengubah pandangan mereka. Kalau mereka cakap perkara itu betul, jangan pula pergi dekat mereka dan cakap benda tu salah. Haa, takut nanti dah elok-elok tengok tv tiba-tiba je berada dalam medan peperangan.

Walaupun kepala mereka ni keras macam batu, dalam hati mereka ada taman tau. Jadi jangan risau. Bukan nak takut-takutkan, tapi ini adalah antara sifat anak bongsu ya.

4) Mereka sering memberontak

Foto Kredit: Adobe Stock

Pernah tak lihat anak bongsu Mama dan terfikir, “Kalau mereka anak yang pertama, mereka juga akan menjadi anak yang terakhir?” Ahli psikologi Frank Sulloway, pengarang buku ‘Born to Rebel’, telah menemui alasan untuk itu! Kajiannya menunjukkan bahawa anak sulung lebih cenderung mengikuti peraturan ibu bapa, dan adik-beradik mereka yang lebih muda pula akan memberontak terhadap ibubapa.

Mama Siti rasa anak bongsu selalu memberontak sebab mereka dah dimanjakan sejak kecil, jadi mereka akan memberontak kalau tak dapat apa yang mereka nak, betul tak?

5) Senang merajuk tapi cepat sejuk antara fakta anak bongsu

Foto Kredit: Adobe Stock

Anak bongsu ni sebenarnya tak merajuk pun. Cuma itu cara mereka meluahkan ekspresi yang terpendam dan ingin difahami oleh orang sekelilingnya. Mama Siti ingat lagi, kalau nak pujuk adik yang paling bongsu ni senang sangat. Bagi gula-gula je dah ‘happy’ balik dan terus ajak main bersama.

6) Berdikari

Foto Kredit: Adobe Stock

Walaupun nampak macam kurang matang tapi sifat berdikarinya tinggi sekali. Yelah kan, asal dengar perkataan ‘bongsu’ je mesti kita ingat “Eh kecil lagi dia ni, mesti tak boleh pisah dengan mak dan ayah.” Kalau nak tahu. anak bongsu juga berdikari dalam segi mengawal ketegangan dalam sesuatu situasi tau.

7) Lemah dengan pengurusan duit tapi suka belanja orang

Foto Kredit: Adobe Stock

Anak bongsu ni seorang yang boros? Betul ke? Tapi tulah, boros-boros pun suka belanja orang. Bak kata mereka “duit boleh dicari, kasih sayang keluarga takkan boleh diganti.”

Tak sangka kan, anak bongsu ni sebenarnya pemurah juga walaupun adik beradik lain selalu je tak puas hati. (‘Jealous’ sebenarnya sebab anak bongsu lebih dimanjai).

8) Selalunya tak ada gambar ketika usia bayi

Foto Kredit: Adobe Stock

Bila anak dah ramai, Mama Papa mesti dah mula sibuk dan tak ada masa nak ambil-ambil gambar dah. Yelah, awal-awal je beria tangkap gambar ‘baby’ sulung. Kalau boleh, setiap saat nak rakam dan tangkap gambar. Maklumlah anak pertama.

Keutamaan dan semangat nak tangkap gambar anak tu semakin lama semakin pudar apabila dah ramai anak, lagi-lagi terhadap anak bongsu.

Sedih kan? Tapi inilah kebenarannya. Tak semua, tapi ada. 

9) Tak dinafikan, lebih manja.

Foto Kredit: Adobe Stock

Mama Papa mungkin akan lebih melindungi dan menunjukkan kasih sayang terhadap mereka ketika mereka sedang sakit dan ini akan menimbulkan perasaan cemburu pada adik-beradik yang lain. Tapi nak buat macam mana kan? Sabar jelaaa..

Anak bongsu ni secara sendirinya memang manja. Sebab tulah kadang-kadang mereka ni dapat nama panggilan yang lebih manja seperti ‘manja mama’ atau ‘baby’ walaupun dah besar panjang.

10) Unik dan tersendiri antara fakta anak bongsu

Foto Kredit: Adobe Stock

Anak bongsu kebiasaannya mempunyai ciri-ciri sukakan cabaran, suka mencuba sesuatu yang baru, tak konvensional, tak takut untuk mengambil risiko dan suka mengasah bakat serta identiti mereka sendiri.

Akhir sekali, anak bongsu memang selalunya ‘favourite’ Mama Papa kan? Untung betul. Tapi tak kisahlah kan, asalkan saling menyayangi antara satu sama lain dan saling menghormati. 

Tapi tak semua anak bongsu seperti fakta yang disenaraikan di atas ya. Segala personaliti terserah pada invividu itu tersendiri.

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA 10 FAKTA ANAK KEDUA YANG UNIK & RAMAI TAK TAHU

Pesan Mama Siti

Nama pun anak bongsu mestilah manja. Tapi tak semua ye. Ada yang dah dididik dari kecil supaya tak dimanjakan. Anak sulung ke, anak tengah ke, anak bongsu ke, semuanya disayangi Mama dan Papa!